Hidangan Agar-Agar Santan ni antara manisan kegemaran ramai. Malah kanak-kanak pun suka sebab rasanya memang sedap dan enak dimakan sejuk. Walaupun nampak ringkas dan mudah, kadang-kala tak menjadi juga. Nak cuba buat Agar-Agar Santan yang sangat sedap ni untuk hidangan keluarga? Siap dengan hirisan isi kelapa muda tau. Memang lain dari yang lain. Saudari Anisah Connie ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
CARA MEMASAK LAPISAN BAWAH: 1. Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih,baru letak agar agar tali. Kacau dan biarkan hingga betul-betul hancur. 2. Kemudian masukkan gula bersama garam. Kacau lagi. 3. Bila seudah sudah sebati, tutup api dan biar suam barulah ditambah santan dan kacau manja. 4. Tuang adunan lapisan bawah ini ke dalam bekas dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.
Ads
BAHAN LAPISAN ATAS: 10 helai daun pandan 1/2 cawan air 2 biji isi kelapa muda 4-6 sudu makan gula 1/2 agar agar tali (6 gm) 350ml air
CARA MEMASAK LAPISAN ATAS: 1.Kisar daun pandan bersama air. Tapis dan ambil jusnya. Ketepikan. 2. Didihkan air dalam periuk hingga berbuih. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati. 3. Tambahkan jus pandan, gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan. 4. Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk bolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.
5. Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah. Kemudian barulah tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi. 6. Biarkan di suhu ruang sekitar 30 minit dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan agar-agar dalam anggaran masa 2-3 jam.
Anda yang menghidap diabetes jika teringin makan steak, boleh je makan. Tak ada pantangnya, selagi steak bebas dari gula dan karbohidrat. Nak lagi sedap tambah apa sahaja sos dan hidangan sampingan seperti salad, bunga kobis, brokoli dan lobak merah. Namun, elak makan steak bersama nasi, kentang ataupun jagung kerana makanan ini sumber gula dan karbohidrat.
Ini resipi steak yang bebas gula dan karbohidrat. Anda boleh cuba ye:-
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
180gm Striploin beef
1 sudu makan herba campur
1/2sudu makan paprika
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
BAHAN SOS SAVOURY
3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK :
Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
Sementara itu campurkan sos BBQ dengan serbuk lada hitam. Kacau rata sos.
Setelah steak masak, tuangkan sosdi atas steak dan hidangkan bersama salad segar, cili bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
Ayam antara juadah paling senang diolah dengan pelbagai mudah mudah dan sedap. Sebab tulah ramai orang tak pernah bosan dengan hidangan menu ayam, Apa kata di Aidil Adha ni korang cuba empat menu ayam cita rasa oramg dulu-dulu tapi sangat sedap dan sesuai dihidangkan di Aidil Adha bersama ketupat, nasi mahu pun lemang.
.RENDANG AYAM KAMPUNG BERSAMA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil, cuci dan tos
300gm kacang panjang | potong 3cm
1 liter santan/500ml santan kotak
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit | dimayang halus
5 helai daun limau purut | carik-carik
5 batang serai | titik
3 sudu makan kerisik
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan Gula Melaka
Garam secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menunis
BAHAN KISAR: 15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keran | hiris
3cm halia 1/2 inci lengkuas
3cmkunyit hidup | hiris
30 biji cili padi kampung | buang tangkai
6 batang serai, |hiris
BAHAN TUMIS:
3 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buag pelaga
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali , masukkan bahan-bahan tumis bersama serai, tumis hingga wangi.
Tambahkan cili kisar hingga cili garing baru masukkan bahan kisar.
Kacau rata dan tumis hingga pecah minyak atas api sederhana. Sentiasa kacau.
Masukkan ayam, kacau rata dan biarkan ayam kecut dan keluar airnya.
Apabila kuah kering, masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih hingga empuk.
Masukkan asam gelugor, kacang panjang, garam dan Gula Melaka, terus kacau.
Apabila kuah pekat masukkan kerisik dan daun limau purut.
Terus kacau hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa taburkan daun kunyit, kacau seketika dan tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
.PAIS AYAM TEMASIK BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
1 helai daun kunyit | hiris halus
2 helai daun limau purut | disiat-siat
2 cawan santan
2 sudu makan Gula Melaka
1 sudu makan pes asam jawa + 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam | hancurkan
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
3-4 sudu makan cili kisar | pedas ikut cita rasa
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
3 batang serai| hiris
Beberapa biji cili padi | jika mahu lebih pedas
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan daun limau purut, pes Asam Jawa, Gula Melaka dan santan.
Biarkan mereneh seketika, baru masukkan ayam dan gaul rata.
Tambahkan garam dan kiub pati ayam, masak hingga pekat dan hampir kering.
Tutup api.
Sediakan daun pisang, letakkan ayam tadi di atasnya dan taburkan dengan hirisan daun kunyit.
Bungkus dan kemaskan dengan lidi sate,
Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit dengan api 200C atau hingga sedikit keperangan.
Setelah siap, sedia dihidangkan dengan nasi putih.
.PECAL AYAM BAHAN-BAHAN: 1 kg ayam bahagian dada | potong sederhana 3 cm halia | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 1 sudu teh garam 3 helai daun cekur | mayang halus 2 biji limau kasturi | perah & ambil jusnya 1 1/2 cawan santan Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR: 5 ulas bawang merah 3cm isi cekur Sedikit belacan | bakar 10-15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Ayam dilumur dengan halia dan bawang putih yang dikisar halus serta satu sudu teh garam. Gaul rata dan perap 30 minit.
Kemudian panggang ayam hingga masak (lebih kurang 20 minit untuk setiap bahagian).
Setelah masak, susun dalam pinggang hidangan, kemudian ke tepikan.
Sediakan bahan kuah atau sosnya. Dalam periuk satukan santan dan bahan kisar.
Kacau rata dan masa atas api kecil hingga masak, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa serta jus limau Kasturi dan separuh dari hirisan daun cekur.
Kacau rata dan tutup api.
Tuang kuah di atas ayam bakar tadi.
Pecal ayam sedia dihidangkan.
.SUP BEREMPAH AYAM KAMPUNG RAMPAI KELEDEK BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | potong kecil dan bersihkan
3 biji keledek | buang kulit dan potong dadu
8-10 biji cili padi | titik
1 sudu makan rempah sup
1/2 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
BAHAN TUMIS:
2 batang serai | titik
6 ulas bawang merah | hiris
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
2cm lengkuas
BAHAN TAMBAHAN:
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
CARA MEMASAK:
Rebus ayam kampung bersama sedikit garam dan beberapa hirisan halia.
Setelah empuk, ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hingga wangi dan garing.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata atas api sederhana.
Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau lagi, setelah wangi masukkan rebusan ayam tadi bersama keledek yang telah didadu serta cili titik tadi.
Tambah sedikit air jika perlu, biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam, pati ayam, jus limau nipis secukup rasa.
Setelah isi ayam dan keledeh empuk, tutup api.
Masukkan sup dalam mangkuk, dan tambah aroma dengan hirisan daun bawang, sup dan serta bawang goreng.
Sup Ayam Kampung sedia dihidangkan bersama sambal kicap.