Jika anda suka makan pasta yang ringkas tapi sedap, Aglio Olio adalah pilihan yang paling tepat! Hidangan klasik ini menggunakan bahan-bahan asas seperti bawang putih, mentega dan lain-lain lagi untuk mencipta rasa yang luar biasa. Mudah, cepat dan mengenyangkan. Lebih enak jika dimasak menggunakan Anchor Salted Butter dan keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan. Untuk hilangkan rasa pedas, boleh makan bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries.
AGLIO OLIO
Bahan-bahan:
180gm spaghetti | dah siap rebus
10 ekor udang
5 ekor sotong
10 kepah
4 ulas bawang putih | kisar kasar
1 sudu besar cili flakes
20gm daun sup | slice
50gm Perfect Italiano Parmesan
2 sudu besar Anchor Salted Butter
Fernleaf Yogurt Mixed Berries
Ads
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter, tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang, sotong dan clam dan gaul sebati.
Taburkan cili flakes dan daun sup, gaulkan bersama pasta. Perasakan.
Taburkan kejuPerfect Italiano Parmesan di atasnya.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries.
Istimewa untuk pencinta seafood, jom buat Butter Clam with Mantou ni. Kalau makan kat kedai agak mahal hidangan ini. Jadi lebih baik buat sendiri sebab lebih puas hati dan mengikut cita rasa kita. Untuk lebih enak, gunakan Anchor Cheddar Cheese Slices dan Anchor Salted Butter. Memang berbaloi cuba resipi ni.
BUTTER CLAM WITH MANTOU
Bahan-bahan:
250gm clam (kepah)
6 ulas bawang putih | kisar kasar
4 sudu besar Anchor Salted Butter
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
2 kotak Anchor Cooking Cream
2 tangkai daun kari
10 biji roti mantou
4 biji cili padi | dihiris
20gm daun sup
½ sudu teh serbuk paprika
Serbuk perasa secukupnya
Garam secukupnya
Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+
Cara Memasak:
Tumiskan bawang putih, cili padi, daun kari bersama Anchor Salted Butter hingga naik bau. Masak menggunakan api kecil.
Masukkan Anchor Cooking Cream dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian, masukkan Anchor Cheddar Cheese Slices.
Bila keju dah cair, masukkan kepah dan tunggu sehingga kepah masak. Taburkan serbuk paprika dan gaul rata.
Perasakan lalu taburkan dengan daun sup.
Hidangkan bersama mantou. Enak dinikmati bersama Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+.
Mini Bites Pizza, resipi mudah dan cepat yang sesuai dijadikan snek atau hidangan santai yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Dengan gabungan rasa keju, sos tomato dan topping kegemaran, setiap gigitan memang memikat selera. Paling penting, gunakan keju Perfect Italiano Perfect Pizza untuk hasil yang lebih mantap. Jom cuba buat sendiri!
MINI BITES PIZZA
Bahan-Bahan:
1 loaf baguette
1 tin puri tomato
1 sudu besar pes tomyam
30gm parsli
1 tin sos tomato
200gm pepperoni
6 ulas bawang putih
1 paket Perfect Italiano Perfect Pizza
2 sudu besar dry herbs
Cara Memasak:
Potong baguette menjadi bentuk bulat.
Campurkan puri tomato, pes tomyam, sos tomato, parsli dan bawang putih cincang.
Letakkan campuran tomato di atas baguette. Kemudian, taburkan keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Pepperoni dan dry herbs.
Bakar di dalam air fryer selama 10 minit dalam 180°C atau sehingga keju menjadi perang. Sedia untuk dihidangkan.
Siapa sangka dengan menggunakan Bunga Kobis boleh menghasilkan satu menu yang enak dan berkrim. Anda memang wajib cuba resipi Bunga Kobis Masala Berkeju ni. Tak tipu, memang sedap! Rasa lemak berkrim dengan gabungan rempah dan keju. Macam makan kat kedai mamak! Tambahkan Anchor Cheese Slices untuk menaikkan rasa hidangan anda. Keju ini tinggi dengan kalsium yang sesuai untuk satu keluarga, tidak mengira usia. Satu hidangan yang wajib ada dalam list anda.
BUNGA KOBIS MASALA BERKEJU
Bahan-bahan:
300gram bunga kobis – potong kecil
8 keping Anchor Cheese Slices
100gram Anchor Salted Butter
100gram Anchor Cooking Cream
2 sudu makan garam masala
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh serbuk cili
I sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun ketumbar secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter dalam kuali. Tumis jintan manis, jintan putih dan cincangan bawang hingga wangi.
Masukkan garam masala, serbuk cili, serbuk bawang putih, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air dan tumis hingga rempah masak.
Masukkan bunga kobis dan Anchor Cooking Cream. Didihkan hingga bahan empuk.
Tambah garam dan lada sulah secukupnya. Masukkan Anchor Cheese Slices dan gaul rata.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!