Makan

Resipi Aglio Olio, Pasta Ringkas Yang Penuh Dengan Aroma

Share

Jika anda suka makan pasta yang ringkas tapi sedap, Aglio Olio adalah pilihan yang paling tepat! Hidangan klasik ini menggunakan bahan-bahan asas seperti bawang putih, mentega dan lain-lain lagi untuk mencipta rasa yang luar biasa. Mudah, cepat dan mengenyangkan. Lebih enak jika dimasak menggunakan Anchor Salted Butter dan keju Perfect Italiano Parmesan

untuk menambah rasa hidangan. Untuk hilangkan rasa pedas, boleh makan bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries.

AGLIO OLIO

Bahan-bahan:

  • 180gm spaghetti | dah siap rebus
  • 10 ekor udang
  • 5 ekor sotong
  • 10 kepah
  • 4 ulas bawang putih | kisar kasar
  • 1 sudu besar cili flakes
  • 20gm daun sup | slice
  • 50gm Perfect Italiano Parmesan
  • 2 sudu besar Anchor Salted Butter
  • Fernleaf Yogurt Mixed Berries

 

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Salted Butter
    , tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang, sotong dan clam dan gaul sebati.
  2. Taburkan cili flakes dan daun sup, gaulkan bersama pasta. Perasakan.
  3. Taburkan keju Perfect Italiano Parmesan di atasnya.
  4. Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma