Makan

Resipi Air Asam Ikan Kukus. Lauk Sedap, Cepat Masak & Tanpa Minyak

Share

Lauk ringkas macam Air Asam Ikan Kukus ni pun sedap kalau masak untuk keluarga. Bahan ringkas, senang dimasak malah membuka selera. Paling Istimewa, menu ini tidak menggunakan minyak jadi ianya lebih sihat. Jika tiada ikan, air asam ini juga boleh dinikmati bersama telur rebus. Caranya mudah sahaja. Rebus telur hingga ¾ masak dan tuang air asam ni. Memang padu! Boleh juga makan bersama terung bakar. Pun enak. Oh ya…jika tiada pengukus, ikan tu juga boleh direbus tau. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Yatie Yuyue

ni. Pasti puas hati.

CARA MEMASAK AIR ASAM IKAN KUKUS


BAHAN-BAHAN:
Ikan – dibersihkan
½ biji bawang holland – potong dadu – beli online disini
1 biji tomato – potong dadu
Cili padi secukupnya
Jus limau nipis
BAHAN AIR ASAM:
Asam jawa – beli online disini
Air suam
1 ½ sudu teh gula
1 sudu teh garam
Belacan secukupnya – jika tak suka, boleh abaikan
1 sudu teh secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Siang dan bersihkan ikan. Boleh guna apa sahaja jenis ikan tapi biasanya orang guna kembung tau mabung.
2. Masukkan ikan dalam bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit. Ketepikan.
3. Dalam bekas berlainan, potong bawang holland, tomato dan cili padi.
4. Kemudian satukan bahan-bahan untuk air asam. Kacau dan sebatikan. Pastikan tidak cair dan tidak pekat sangat.
5. Masukkan bahan-bahan hiris ke dalam mangkuk, bahan-bahan lain dan juga tuang air asam tadi. Sebatikan. Tak nak picit @ penyek cili pun tak mengapa.
6. Biarkan campuran air asam selama 10-20 minit sebelum dituang pada ikan @ dimakan. Ia bertujuan supaya air asam sebati rasa masam, masin, manis dan pedas. Barulah enak bila dinikmati.

Kredit resipi & foto: Yatie Yuyue

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Suka makan? Dapatkan lebih banyak resipi harian yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan terbaru yang mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur