Menu air asam kerisik jarang sangat didengari atau dilihat di majlis kenduri kendara masa kini. Malah ada yang tidak tahu bagaimana rupa masakannya. Bagi penduduk kampung mungkin masakan ini masih lagi disediakan.
Kali ini Rasa berkongsi resipi dari Pak Long Samsuri cara penyediaan orang lama, untuk menyediakan air asam kerisik atau (Cacapan bak kata orang banjar) kenduri kendara yang sedap!
Bukan mudah nak dapat ilmu dari orang lama kalau kita sendiri tak mahu belajar, Jika tidak pasti generasi akan datang tak akan dapat merasa lagi masakan kenduri orang melayu zaman dahulu.
Kata orang kalau makan nasi kenduri takde air asam kerisik memang tak ngam la menu kenduri. air asam ni sebagai pelengkap menu kenduri orang kampung. sememangnya bila kenduri air asam kerisik ni jadi pemikat selera.
Resipi Air Asam Kerisik Super Mables
Bahan-Bahan:
- Bawang besar 5kg( potong nipis dan tercerai satu2, basuh dengan garam ramas supaya hilang getah bawang, tapis dan tos)
- Cili merah 2kg (potong nipis)
- Kerisik 2kg ( bergantung pada kesukaan)
- Cili padi setengah kilo (potong halus)
- Tomato 3kg (potong nipis)
- Belacan bakar 400 gram ambil pati airnya hampas buang.
- Asam jawa jenis yg kurang biji dlm 300gram amik airnya dan hampas dan biji buang.
- Sos tomato 1 botol.
- Sos cili sebotol setengah
- Kicap cair
- Susu cair 2 tin
- Tomato pure 1 tin
- Garam sesedap rasa.
- Gula ikut suka korang nk manis sikit atau kurang.
- Pak aji nomoto sikit sebagai penyedap perisa.
- Penambahan- kalau ada perut lembu yg dah direbus potong halus lg best masukan sekali.
Cara-Cara:
Gaulkan kesemua bahan sampai meresap kesemua bahan. Siap!
Kongsi Resipi: Mohd Hairulnizam Hj Johan
https://www.facebook.com/NizamJ46/videos/10213158891141121/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Risoles Daging Yang Sedap & Mudah Dibuat
Sedapnya Risoles Daging ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh saudari Marsyita Nadia. Ringkas sahaja bahan-bahan penyediaannya namun rasanya sangat enak. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK RISOLES DAGING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN INTI:
2 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini
2 keping daging burger @ daging kisar
1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
Daun sup/daun bawang – lagi banyak lagi sedap
1-2 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini
Garam secukup rasa
2 sudu teh tepung jagung – bancuh dengan air – beli online disini
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KULIT:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 cawan santan – boleh ganti dengan air @ susu cair – beli online disini
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
BAHAN SALUTAN:
Telur
Serbuk roti secukupnya – beli online disini
Cili padi
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan daging. Masak lagi hingga separuh masak.
3. Tambahkan ubi kentang. Kacau lagi hingga empuk.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, bancuhan tepung jagung, hirisan daun sup dan garam secukup rasa.
5. Bila bahan inti sudah masak, tapiskan untuk membuang lebihan cecair.
6. Untuk membuat kulit Risoles, satukan semua bahan dan sebatikan. Pastikan tiada ketulan.
7. Panaskan kuali dan dadarkan. Pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
8. Kulit Risoles yang siap didadar.
9. Ambil sekeping kulit, kemudian letakkan inti dengan secukupnya.
10. Gulung Risoles dengan kemas. Ulang proses sama hingga habis bahan.
11. Pecahkan telur dan pukul seketika. Kemudian celupkan gulungan Risoles tadi.
12. Salutkan dengan serbuk roti hingga bersalut sempurna.
13. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga garing keperangan.
14. Angkat dan hidangkan bersama cili padi. Risoles rangup dan lembut enak dimakan bersama Sambal Kicap.
NOTA: Untuk membuat Risoles sejukbeku, selepas Risoles disalut dengan serbuk roti, susun dalam bekas dan simpan dalam peti sejukbeku. Tidak perlu digoreng terlebih dahulu.
Kredit resipi & foto: Marsyita Nadia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal Bilis Garing Ala Sambal Pekat, Sedap & Mudah Resipinya
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Gabungan Ikan Percik & Kerabu Jantung Pisang Membuka Selera
Menu yang paling lazat dan boleh membuka selera makan tengahari, gabungan ikan percik dan kerabu jantung pisang.
Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, memang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai menu lauk kampung.
IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembong saiz besar 3 ekor (disiang bersih & dilumur kunyit dan garam)
1 biji kelapa (diambil santan pekat)
1 sudu besar halba – beli online di sini
½ keping gula melaka – beli online di sini
Garam & gula
Perasa
2 asam keping – beli online di sini
½ sudu besar tepung ubi ( memekatkan kuah & bagi kuah kita berkilat nampak cantik) – beli online di sini
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
BAHAN KUAH PERCIK:
4 biji bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci kunyit – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
6 cili kering (dibuang biji & direndam dengan air panas) – beli online di sini
2 batang serai (1 batang diketuk dan 1 batang dimayang nipis untuk dikisar) – beli online di sini
Belacan sebesar hujung jari (sedikit je lah)
CARA MASAK:
1. Kisar semua bahan kuah percik (termasuk tepung ubi) kecuali serai yang diketuk. Kemudian masukkan santan, panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan serai yang diketuk. Kena selalu kacau. Apabila mendidih, masukkan bahan kisar. Kacau bagi sebati.
3. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat. Masukkan garam, gula melaka, asam keping dan perasa.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil sampai kuah pekat (kena selalu kacau ya). Masukkan halba, kacau. Dah pekat, tutup api.
5. Bakar ikan kembong (saya guna dapur arang kerana aromanya yang wangi) biar dia setengah masak.
6. Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang elak ikan hangus).
7. Bakar sampai ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali). Siap. Bila nak hidangkan, boleh masukkan ikan dalam kuah percik.
KERABU JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang | dipotong dan direndam air garam kemudian direbus hingga empuk. Masukkan asam keping ketika merebus
2 cawan kelapa parut muda
3 ekor ikan selayang | dibakar atau rebus & diambil isi
1 genggam ikan bilis | digoreng ranggup – beli online di sini
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam – beli online di sini
1 batang serai | ditumbuk halus
5 biji cili padi | dihiris nipis – beli online di sini
1 biji limau nipis
Garam & gula secukup rasa
Perasa
3 batang kacang panjang | dipotong kecil
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Tumbuk lada hitam hingga lumat diikuti oleh bawang merah dan putih. Ambil isi ikan dan tumbuk sekali. Ketepikan.
2. Panaskan kuali. Masukkan kelapa parut tadi. Gorengkan hingga airnya kering. Jangan sampai bertukar warna.
3. Kemudian ambil satu bekas atau mangkuk, masukkan isi ikan yang ditumbuk bersama bawang tadi dan juga kelapa. Gaul bagi rata dan sebati.
4. Kemudian, masukkan jantung pisang yang direbus tadi. Gaul bagi sebati. Masukkan garam dan gula.
5. Hidangkan dalam mangkuk. Taburkan cili padi dan perah limau nipis.Siap untuk dimakan.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Koleksi Resipi Masakan Sotong Yang Sedap, Mudah & Cepat Siap
Senang Betul Nak Masak Bendi Sambal Kering Macam Di Restoran
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Daging Korban Nak Masak Apa, Ini 9 Resipi Yang Sedap & Ringkas.
Sedapnya daging korban segar apabila dimasak dengan menu mudah dan ringkas sebagai hidangan keluarga dan tetamu di Hari Raya Aidil Adha. Ia bukan hanya cepat disediakan malah rasanya sedap bila dihidangkan bersama nasi, roti, ketupat mahupun lemang. Berikut beberapa menu ringkas yang boleh korang cuba dan variasikan masakan daging korban sesuai dengan selera seisi keluarga.
rRENDANG CAMPUR BEREMPAH.
RENDANG CAMPUR BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm paru | rebus
- 250gm hati | rebus
- 250gm limpa | rebus
- 1kg santan pekat
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 5 sudu makan kerisik
- 3 sudu makan | rempah kari
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 15 tangkai cili kering | potong dan rebus
- 1 biji bawang besar
- 4cm lengkuas | hiris
- 3cm halia | hiris
- 3 batang serai | hiris
BAHAN HIRISAN:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 4cm kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
- Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan.
- Masukkan pula santan pekat, kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkkan api, dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak.
- Angkat dan hidangkan.
SAMBAL HATI.
SAMBAL HATI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
- 5 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan cili sos
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk mengoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
- Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
- Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
- Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
HATI GORENG KUNYIT.
HATI GORENG KUNYIT KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm hati lembu | rebus dan hiris
- 10 batang kacang panjang | potong 3cm
- 1 biji bawang besar | hiris
- 15 tangkai cili padi merah | hiris memanjang
- 2 batang serai | titik
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan serai bersama bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan hirisan hati, kacau rata.
- Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, cili dan kacang panjang dan kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak, angkat dan segera dihidangkan bersama nasi putih.
kurma.
DAGING GORENG KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | hiris nipis
- 2 sudu makan rempah kurma
- 2 sudu makan yogut
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 biji ubi kentang | potong memanjang
- 2 pokok daun ketumbar | hiris
- 3 biji cili hijau | hiris 2cm
- 4-5 biji tomato ceri
- 1 biji bawang besar | belah lapan
- 3 ulas bawang berah | hiris
- 5 ulas bawang putih | hiris
- 3cm halia | hiris
- 2 batang serai | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
5. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
7. Sedia dihidangkan.
dGING KWTUK.
SAMBAL HIJAU DAGING KETUK
BAHAN-BAHAN:
DAGING:
- 1kg daging batang pinang | hiris nipis
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 1sudu makan madu
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 3 cm halia muda | kisar
- 4ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2 batang serai | kisar
- Garam secukup rasa
SAMBAL HIJAU:
- 7 biji cili hijau
- 15 biji cili padi hijau
- 2 biji tomato hijau
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Daging dicuci bersih dan ditoskannya.
- Kemudian, gaul daging bersama semua bahan lain sehingga sebati.
- Tambah sedikit air dan didihkan atas api sehingga air kering rebusan.
- Setelah daging sejuk, hiris nipis dan lebar lebih kurang 3-4cm
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sehingga bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian ketuk atau tumbuk setiap keping daging hingga lembut. Ketepikan lagi.
- Untuk menyediakan sambal, masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Kecilkan api dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Apabila sambal menjadi kering, masukkan daging dan gaul sebati.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
dendeng.
DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | hiris nipis
- 1 cawan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula nisan secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN TUMIS:
- 15 tangkai cili kering | hiris
- 5 biji cili merah | hiris
- 10 ulas bawang merah | hiris
- 6 ulas bawang putih | hiris
- 4cm halia muda | hiris
- 4 batang serai | hiris
CARA MEMASAK:
1. Daging dicuci bersih dan ditoskan.
2. Kemudian gaulkan daging dengan kicap, sos tiram dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Seterusnya, panaskan minyak, goreng semua bahan tumis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4.Setelah sejuk kisarkan bahan yang telah digoreng tadi.
5. Panaskan minyak dalam kuali lain. Kemudian goreng daging hingga habis (jangan terlalu garing).
6. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar tadi, Kemudian tumiskan pes hingga pecah minyak.
9. Perasakan dengan garam dan gula nisan secukup rasa.
10. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata hingga sebati.
11. Tutup api, Daging Dendeng sedia dihidangkan.
Asam Pedas ekor.
ASAM PEDAS BEREMPAH EKOR
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ekor lembu | rebus hingga empuk
- 3 sudu makan pes asam jawa
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 5 tangkai daun kesum
- 2 biji tomato | belah empat
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 5 biji cili merah
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 3cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kacau lagi.
- Seterusnya masukkan ekor yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
- Seterusnya masukan air asam, daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan terus mereneh lebih kurang 10 minit atau kuah menjadi pekat.
- Akhir sekali angkat, dan sedia dihidangkan.
asam rebus.
ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
- 3 keping asam gelugor
- 3 helai daun salam
- 2 batang serai |titik
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili padi
- 6 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 2cm halia muda
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
2. Seterusnya tambahkan air secukupnya.
3. Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
4. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
5. Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
6. Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap, Seminggu Sekali Mesti Masak
Asam Pedas Johor, Buat Pekat-pekat Makan Dengan Nasi Putih. Kuah Banjir Boleh Hirup Sampai Licin
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official