Membuat Air Asam Kerisik untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa.
Air Asam sebenarnya, jika tidak ditambah kerisik sudah sedap. Tapi jika ditambah, lagi pekat dan berasa. Jom kita tengok resipi yang dikongsi saudari Animas Nurjana Abdul Halim ni. Nampak memang sedap sangat.
Makan nasi tanpa sambal rasa tak lengkap. Ada yang suka sambal belacan dan macam jenis sambal untuk dinikmati dengan nasi panas-panas. Siapa suka sambal kacang ikan bilis ni, ada rasa pedas pedas manis. Memang leka bila dah mula makan. Makan begitu sahaja pun sedap.Buat banyak boleh simpan untuk stok makan bila-bila pun.
SAMBAL KACANG IKAN BILIS
Bahan-bahan: 500gram kacang (goreng garing) 100gram ikan bilis (goreng garing)
Blend halus Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji) 5 biji bawang merah kecil 2 biji bawang putih
Cara memasak:
1.Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak.
2.Masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dapat kilat dan manis pedas.
3.Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.
Sambal Nasi Ayam Penyet atau dikenali juga sebagai sambal jawa ni memang ekpres dan cepat sungguh membuatnya. Bahan-bahan ringkas sangat. Sesuai dimasak lebih sikit untuk stok dua tiga hari.
Boleh simpan peti sejuk. Tengah PKP ni tak payah nak masuk dapur hari-hari, mesti yang ada sibuk ‘work from home’ dan mesyuarat ‘video conferencing. Kita masak yang simple dan cepat, tak lama dok dapur .
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni cukup mudah. Walaupun ni adalah sambal nasi ayam penyet tapi sambal ni juga sesuai dimakan nasi panas dan lauk biasa. Kalau min ada nasi dengan ikan atau ayam goreng lawan dengan sambal ni dah bertambah tambah pinggan nasi.
SAMBAL JAWA @ SAMBAL NASI AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN :
• 1/2 biji bawang holland • 1 biji tomato • 4 tangkai cili besar • 7 tangkai cili padi (lebihkan kalau nak pedas) • sedikit belacan • gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan di atas sehingga layu. Kecuali gula dan garam.
2. Kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng menggunakan lesung batu (sya tumbuk kasar) 3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yg telah ditumbuk 4. Siap dah boleh makan. Gandakan resipi kalau nak buat stok, simpan dalam peti sejuk