Air Asam Kunyit ini sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan. Jika anda sentiasa rasa kurang bertenaga, lesu, lemau dan kerap mengantuk, bolehlah cuba amalkan minuman ini. Saudari Ct Mazni ada kongsikan resipi yang menggunakan bahan ‘basic’ sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba. Mlah jika anda berminat untuk berbiaga, diserta jug anggaran kos yang boleh dijadikan sebagai panduan. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT AIR ASAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg kunyit hidup – sagat/kisar
Segenggam temu kunci – ketuk
1/2 genggam asam jawa
1 biji gula melaka
4.5 liter air
1/3 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kunyit kemudian sagat atau kisar kunyit tadi.
2.Ketuk temu kunci biar sedikit hancur.
3. Masak air dan masukkan semua bahan. Biarkan mendidih.
4. Bila Air Asam Kunyit sudah pekat, boleh tutup api.
5. Tapis dan bolehlah simpan Air Asam Kunyit dalam bekas yang bersesuaian.
CARA MINUM:
Untuk menikmatinya, panaskan dan boleh diminum ketika hangat.
Ia sesuai untuk lelaki, wanita, ibu pantang bersalin, perempuan yang sedang haid dan keguguran.
KHASIAT:
1. Menghilangkan sakit-sakit badan
2. Melancarkan peredaran darah
3. Mengurangkan lemak dalam badan
4. Memberi tenaga
5. Membuang angin dalam badan
6. Melancarkan darah haid & nifas
7. Merawat masalah senggugut
8. Menghilangkan bau-bau badan
9. Memberi kecergasan tubuh
10. Melawaskan pembuangan
Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.
ANGGARAN KOS (MUNGKIN BERBEZA MENGIKUT HARGA PASARAN SEMASA):
Kunyit hidup (RM6/kg)
Temu kunci (RM10/kg)
Asam jawa (RM3.5/500g)
Gula Melaka (1biji/RM0.70)
Kredit resipi & foto: Ct Mazni
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official