Air Asam Kunyitini sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan. Jika anda sentiasa rasa kurang bertenaga, lesu, lemau dan kerap mengantuk, bolehlah cuba amalkan minuman ini. Saudari Ct Mazni ada kongsikan resipi yang menggunakan bahan ‘basic’ sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MEMBUAT AIR ASAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg kunyit hidup – sagat/kisar
Segenggam temu kunci – ketuk
1/2 genggam asam jawa
1 biji gula melaka
4.5 liter air
1/3 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kunyit. Kemudian sagat atau kisar kunyit tadi.
2.Ketuk temu kunci biar sedikit hancur.
Ads
3. Masak air dan masukkan semua bahan. Biarkan mendidih.
4. Bila sudah pekat, boleh tutup api.
5. Tapis dan bolehlah simpan dalam bekas yang bersesuaian.
CARA MINUM:
Untuk menikmati Air Asam Kunyit adalah, panaskan dan boleh diminum ketika hangat.
Ia sesuai untuk lelaki, Wanita, ibu pantang bersalin, perempuan yang sedang hadi dan keguguran.
KHASIAT AIR JAMU ASAM KUNYIT:
Menghilangkan sakit-sakit badan
Melancarkan peredaran darah
Mengurangkan lemak dalam badan
Memberi tenaga
Membuang angin dalam badan
Melancarkan darah haid & nifas
Merawat masalah senggugut
Menghilangkan bau-bau badan
Memberi kecergasan tubuh
Melawaskan pembuangan
Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.
Isi rambutanbiasa dimakan begitu sahaja atau dijadikan jem. Namun pernahkah anda mencuba minuman yang diperbuat daripada buah ini? Saudari Azizah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Nampak sangat sedap dan menyegarkan. Malah bahan-bahannya juga tidak sukar. Jadi kalau dekat rumah ada banyak buah rambutan boleh cuba buat minuman ni. Barulah rambutan yang banyak tu tidak membazir. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan juga dimana jua.
RESIPI AIR SEDAP MENGGUNAKAN ISI RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN: Isi rambutan secukupnya Jus limau nipis – lebih sedap guna limau kasturi kerana lebih wangi Gula secukup rasa – beli online disini Daun pudina- jika ada Ais Air masak
CARA MEMASAK: 1. Bancuh gula bersama jus limau nipis dan air hingga larut. 2. Masukkan isi rambutan dan juga daun pudina. Jika suka, boleh simpan seketika dalam peti sejuk untuk mendinginkan air. Tidak letak pun tidak mengapa.
3. Tuang bancuhan air rambutan ke dalam gelas dan masukkan ais. 4. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Air ini mempunyai rasa masam dan manis. Sangat menyegarkan. Jika suka, boleh juga menambah asam boi dan biji selasih.
Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum. Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Buah kurma
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
Sirap delima itu boleh dibuat lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan apabila hendak digunakan. Menjimatkan masa.
BAHAN-BAHAN:
180ml jus delima tanpa gula
200gm gula pasir
1 liter air soda
50ml jus limau
1 biji buah delima
Ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat sirap delima, mula-mula panaskan jus delima di dalam periuk kecil. Guna api yang sederhana besar. Masak sekitar lima minit. Alihkan dari dapur.
Kemudian masukkan gula ke dalam kuali berisi jus tadi dan kacau hingga ia cair, kira-kira lima minit lagi. Biarkan sirap sejuk lebih kurang 30 minit.
Kemudian masukkan ia ke dalam peti sejuk selama sejam untuk sejukkan.
Tuang sirap sejuk itu ke dalam enam biji gelas, masukkan beberapa ketulan air. Kemudian tambah air soda dan jus limau.
Tambah biji delima ke dalam minuman untuk lebih cantik. Hias dengan daun pudina.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira