Resipi Air Bandung Laici Cincau, Sedap Dan Nyaman

Share

Resipi air bandung laici cincau ini sangat sesuai diminum ketika cuaca panas seperi sekarang. Lepas minum, terasa cukup menyegarkan tekak dan rasa nyaman je. Selain itu, sudah tentulah rasanya sedap. Ada rasa manis dan lemak berkrim. Memang sedap!

Kalau nak buat untuk rumah terbuka pun sesuai sangat. Tentu para tetamu teruja nak minum.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Encik Ben Safwan ini ye. Mudah dan sedap.

Resipi Air Bandung Laici Cincau

Bahan-bahan:

1 tin laici

3 sudu makan kacang tanah tumbuk

1 tin susu cair

5-6 biji kurma merah

1 tin susu pekat

3 1/2 sudu makan sirap cap rose

1 sudu makan biji selasih

50-60 gram cincau hitam

Ais

Aiskrim soda (pilihan)

Cara Membuat:

Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau. Dalam satu bekas, m

asukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati. Masukkan air dan buah laici.

Masukkan bahan-bahan lain dan tambah ais. Tak perlu tambah air kosong. Kalau suka air soda, boleh tambahkan juga. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa