Pencuci mulut yang manis berlemak dan buat orang ketagih bila minum ketika sejuk semestinya Air Mocktail! Pencuci mulut paling mudah nak disediakan dan semestinya menjadi kegilaan ramai. Resipi Air Mocktail padu ini telah dikongsikan oleh Hafidz Idris ada menggunakan satu bahan rahsia yang menjadikan Air Mocktail ini lagi padu. Jom cuba!
AIR MOCKTAIL PADU
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 tin buah campuran jenama (Hosen)
1 tin laici
1 kotak whippiing cream (250ml)
1 tin susu cair (carnation)
1 bekas nata de coco (saiz sederhana)
Ads
CARA PENYEDIAAN:
Tapis dan buang semua air dalam tin ini. Airnya tak sedap, nanti jadi masam. Masukkan dalam jag.
Tuang susu cair, saya memang guna jenama ini saja kalau nak buat air mocktail. Tuang habis. Nak banyak air letak dua tin.
Masukkan whipping cream kotak kecil. Tuang semua satu kotak, ini penting. Kalau tak ada ini memang agak kurang kick.
Susu pekat setangah tin. Kemanisan ikut cita rasa sendiri.
Masukkan nata de coco. Masukkan airnya sekali. Saya guna semua.
Masukkan laici, airnya tuang sedikit sahaja. Jangan letak semua tapi laici guna semuanya.
Kacau sebati, letak ais dalam cawan, tuang air mocktail dan siap!
Anak-anak kurang gemar makan sayur? Resipi ni mungkin boleh umpan mereka untuk makan sayuran hijau penuh khasiat ni. Mudah & enak. pasti mereka akan sukakannya!
BROKOLI MOZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
60gm brokoli | potong kasar
60gm keju mozzarela | parut kasar
1 biji telur
160ml susu segar
150gm tepung gandum serba guna
3gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh minyak masak
1 biji bawang merah | racik
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
Angkat dan tos minyak.
Sedia untuk dihidangkan.
JOM MAKAN BROKOLI!
Sayuran berwarna hijau ini agak kurang popular dan jarang digunakan dalam masakan tempatan. Namun, ia sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Selain ditumis atau dikukus, pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. Asalkan anda sanggup mencuba.
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
MANFAAT BROKOLI TERHADAP KESIHATAN
1. Membantu Turunkan Berat Badan
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga Ketajaman Penglihatan Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga Kesihatan Kulit
Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah Penyakit Kardiovaskular
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Mengawal Tekanan Darah Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga Kesihatan Tulang dan Gigi Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.
Cuaca panas begini sedap juga nikmati ais krim kegemaran. Tambah sedap bila membuatnyanya sendiri. Boleh tentukan suka manis atau kurang manis.Anak-anak pasti tidak menolak kalau dihidang dengan ais krim homemade. Jom kita penuhi hajat anak-anak dengan membuat ais krim aiskrim vanila coklat.
AIS KRIM VANILA COKLAT Bahan-bahan: 1 tin susu cair (susu sejat) 4 sudu besar susu pekat manis (akak kurangkan susu sebab guna serbuk coklat yang buat minuman dan serbuk coklat sudah manis dan aiskrim rasa lagi sedap) 1 penutup esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar ovalette (akak guna ovelet special guna 1sudu besar)-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar milo (kalau nak letak, tak letak pun tetap sedap)-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar serbuk coklat (letak 3 sudu besar dan akak guna serbuk coklat yang buat minuman)
Cara membuat: 1.Adun susu cair, ovalette, susu pekat, esen vanila dalam 15 minit sampai gebu kental. 2.Lepas dah dapat adunan yang cantik bahagikan kepada dua bekas. Satu bekas masukkan serbuk coklat tadi dan adun hingga sebati. 3.Maka boleh lah melapis aiskrim dan dah siap biarkan semalaman dalam peti sejuk. Kredit: Kak Long Azzu Riana
Popia mini udang kering memang menjadi kegilaan ramai orang ketika hampir menjelang Syawal. Rasanya yang rangup sememangnya membuka selera. RASA kongsikan resipinya untuk korang cuba buat sendiri.
POPIA MINI UDANG KERING
BAHAN-BAHAN
300 gram udang kering
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah kecil sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul hingga udang agak kering.
4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
CARA PENYEDIAAN
1. Kulit popia dipotong segi empat. Letak isi udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
2. Goreng guna minyak masak yang banyak. Ketika menggoreng, api kena perlahan. Kalau api besar, popia akan liat di bahagian dalam.
3. Setelah masak, angkat dan toskan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.