Risau juga kalau makan asyik berselera saja. Kalau tak dikawal tak mustahil berat badan boleh naik 5-6 kg sebulan. Salah satu cara untuk mengelakkan kenaikan berat badan ini adalah dengan mengekang nafsu makan.

Tapi tak perlu ubat atau stres menahan selera untuk tujuan ini kerana ada cara semula jadi yang mudah untuk kita praktikkan. Dikongsi oleh Eka Zahra melalui pengalamannya, beliau mengamalkan minum air rebusan lemon yang resipinya diambil dari seorang rakan berasal dari Indonesia untuk mengawal selera makan.

Ujarnya tak sampai empat hari minum air ini beratnya sudah turun 1 kg, malah dia sendiri juga nampak perubahan pada perut yang kempis selepas seminggu mengamalkannya.

Baru minum dah turun 1kg

Resipi Air Rempah, Lemon & Madu Untuk Kurangkan Selera Makan, Kempiskan Perut

Hari ini nak kongsi resepi minuman yang boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang rakan dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.

Ads

Atas nasihat doktor, dia yang sudah ada 4 org anak dan mempunyai masalah obes dalam keluarga mengamalkan minuman ini.  Saya pun cubalah. Bagusnya minuman ini memang boleh kawal selera makan saya sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resipinya ya. Tapi perlu diingat hasilnya bergantung badan masing-masing ya.

Resipi air rempah, lemon & madu

Bahan-bahan

  • 1 liter air
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 inci halia diketuk
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji lemon dihiris
  • Madu

Resipi Air Rempah, Lemon & Madu Untuk Kurangkan Selera Makan, Kempiskan Perut

 

Cara membuat

1. Didihkan air

2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU

3. Masak selama 5 minit.

Ads

4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon

5. Biarkan 1 jam

6. Bila nak minum tambahkan madu

Ads

7. Minum sebelum sarapan, makan tengah hari dan sebelum tidur.

Nota

  • Baki air boleh simpan dalam peti sejuk
  • Resipi ini boleh minum 5 kali (5 gelas)

Sumber: Eka Zahra

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI