Sedapnya Air Soya homemade ni. Bagi yang gemar minum Air Soya boleh cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Rita Zul ni. Hanya guna 2 bahan sahaja. Sangat mudah untuk disediakan.
Enak dinikmati panas-panas. Nikmat rasanya. Jika suka minum sejuk, boleh sahaja tambah ais atau dinginkan dalam peti sejuk. Memang jimat banyak terutamanya bagi yang keluarga besar. Malah nak buat niaga pun boleh. Jom cuba!
INFO:
1.Kulit kacang boleh dibuang & boleh dikisar. Ini kerana kulitnya tidak banyak, lembut dan tiada masalah jika dikisar bersama.
2. Sukatan: 1 kg soya & 2 kg gula. Akan dapat 10 jug air soya seperti dalam gambar.
Kredit resipi & foto: Rita Zul
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official