Suka makan sesuatu yang sejuk dan enak? Jom kita buat Aiskrim Coklat Bersama Kekacang. Senang nak buat. Topping aiskrim juga boleh dipelbagaikan mengikut kegemaran masing-masing. Yang penting, gunakan Anchor Whipping Cream kerana ia diperbuat dengan sumber susu New Zealand yang berkualiti tinggi. Memang puas hati!
AISKRIM COKLAT BERSAMA KEKACANG
BAHAN-BAHAN:
- 600ml Anchor Whipping Cream
- 100ml sirap coklat
- 150gram gula perang
- 2 sudu makan susu pekat manis
BAHAN-BAHAN B (TOPPING):
- Cincangan kekacang panggang
- Gula manik secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Di dalam mangkuk yang besar, tuang Anchor Whipping Cream dan pukul menggunakan hand mixer hingga krim kental.
- Masukkan gula perang, susu pekat manis dan sirap coklat. Pukul lagi hingga semua bahan sebati sempurna.
- Tuang campuran ke dalam loaf pan. Ratakan bahagian atasnya lalu tutup dengan plastic cling (pastikan plastic cling tak melekat pada permukaan aiskrim).
- Sejuk bekukan selama 7-8 jam atau semalaman.
- Hidangkan aiskrim bersama topping pilihan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: