Sedapnya Aiskrim Jeruk Mangga ni. Jajan ini adalah makanan kanak-kanak zaman dahulu. Tiada aiskrim yang bermacam warna dan perisa. Paling tidak ada pilihan aiskrim jeruk mangga, kelubi, anggur atau sesekali bila musim, jeruk Sentul. Selain itu aiskrim Malaysia seperti aiskrim asam boi, aiskrim bubur kacang juga antara yang jadi kegemaran kanak-kanak.
Aiskrim Jeruk ni ada rasa tersendiri. Kombinasi rasa masam dan manis memang sangat sedap. Makan tatkala cuaca panas, memang sangat menyegarkan. Tak sedar, habis sebatang aiskrim dimakan.
Mengimbau nostalgia lalu, saudari Syidah Saifulada kongsikan resipi Jeruk Mangga yang disediakan untuk membuat aiskrim. Bolehlah pakat cuba sendiri ya. Sangat mudah dan sedap.
1.Bersihkan buah mangga, potong dan rendam dengan air garam semalaman. I bertujuan untuk buang getah dan merangupkan buah.
2.Sudah cukup masa merendam, angkat dan bilas buah menggunakan air bersih. Toskan buah hingga tidak ada air yang menitik. Bahagian ini penting jika tidak isi mangga akan jadi lembik.
Ads
3.Dalam periuk bersesuaian, masak air gula. Air gula kena manis supaya bila menjeruk, ia akan seimbangkan rasa masam mangga. Jika kurang gula, air jeruk akan jadi payau dan tak sedap.
4.Bila air gula telah masak, biarkan ia betul-betul sejuk. Jika nak cepat, halakan pada kipas.
5.Masukkan buah mangga ke dalam bekas dan isi air gula tdi. Tutup bekas dan peram selama 2 hari. Jeruk mangga sedia untuk dinikmati.
6.Untuk membuat aiskrim jeruk, angkat isi mangga sahaja dan letak dalam bekas.
7.Isi mangga ke dalam plastik aiskrim dengan secukupnya. Kemudian masukkan air jeruk.
Nampak sedap dan menggoda selera, penggemar matcha jomlah kita cuba pulak Brownis Matcha. Cara buat sama je lebih kurang dengan brownis yang coklat cuma tukar perisa kepada matcha je. Dah siap, boleh dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga hujung minggu ni.
BROWNIES MATCHA BAHAN-BAHAN:- 4 biji telur 250gm gula pasir 250gm coklat Green Tea 75gm marjarin 75gm mentega 100ml minyak masak 250gm tepung gandum 2 sudu makan serbuk matcha 3 titik pewarna makanan hijau 1/2 sudu teh esen Green Tea TOPPING: 3 paket Kit Kat Green Tea | dadu kecil Hirisan badan secukupnya CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega, margarin dan coklat blok Green Tea dengan cara double boiler.
Putar telur bersama gula hingga gula larut, dengan putaran mixer perlahan. Atau pukul dengan tangan sahaja.
Masukkan tepung gandum, serbuk matcha dan cairan mentega, coklat dan esen Green Tea serta perwarna hijau dan minyak. Sambil itu terus putar hingga adunan sebatai.
Oleskan loyang dengan marjerin, dan alas loyang dengan parchment paper.
Tuang adaunan dalam loyang.
Hias atasnya dengan hirisan Kit Kat dan hirisan badan.
Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan kepanasan ketuhar 170C selama 40 minit. Atau hingga masak.
Cookies antara kudapan raya moden yang mudah disediakan. Sesuai dengan selera semasa, oreo antara bahan campuran popular dan disukai ramai terutama di kalangan kanak-kanak. Kalau mak-mak nak cuba buat, sekarang masanya, kalau buat awal-awal bimbang balang kuih kosong menjelang raya. Untuk resipi, RASA kongsikan di sini.
MILKEY OREO COOKIES BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
130 gm mentega
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam BAHAN B:
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes | di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo | di kisar HIASAN:
Coklat putih | dicairkan
Coklat Oreo | dikisar
CARA MEMBUAT:
Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
Kemudian satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
Uli adunan hingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai. Susun dalam loyang.
Bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.Sejukkan.
Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Sekarang ni tengah musim Creamhorn Crumble berinti kastard ni. Memang sedap lebih-lebih lagi kalau makan yang baru keluar dari peti sejuk. Pastri yang rangup dan ditutupi dengan crumble enak. Ada pula inti yang berkrim. Memang sangat mengasyikkan. Bagi anda yang teringin nak cuba tapi susah nak jumpa orang yang jual, ha…resipi mudah perkongsian saudari Shima Maz dari Singapura ini boleh dicuba. Memang terbaik!
CREAMHORN CRUMBLE BERINTI KASTARD
BAHAN-BAHAN:
1 paket puff pastry saiz 8″
1 biji telur – dipukul sedikit untuk gam
Acuan creamhorn secukupnya – kalau tak ada boleh DIY sendiri. Guna kertas keras@manila kad buat acuan kon dan balut dengan aluminium foil
BAHAN CRUMBLE:
100gm tepung gandum
50gm mentega
50gm gula pasir (campurkan semua bahan dan ramas sehingga menjadi seakan serbuk roti)
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping puff pastry, potong 7 bahagian ( Puan Shima potong 10 bahagian).
2. Ambil satu dan canai hingga nipis menggunakan kayu penggelek. Letakkan dihujung acuan dan lilitkan. Sapukan telur dihujungnya supaya melekat. Buat sehingga habis.
3. Sapukan telur di permukaan pastri dengan menggunakan berus, kemudian golekkan diatas crumble tadi.
4. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200c selama 25 minit @ sehingga kuning keemasan, mengikut oven masing-masing.
5. Keluarkan pastri creamhorn dari acuan dan sejukkan sebelum meletakkan inti.
BAHAN INTI VANILLA KASTARD:
2 cawan susu segar/susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar mentega
1/2 cawan whipping cream – (Puan Shima guna non-dairy whipping cream. Jika tiada, boleh abaikan tetapi letak whipping cream rasa inti akan lebih sedap)
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan inti kecuali mentega dan whipping cream. Kacau sebati dan masak dengan api sederhana.
2. Kemudian masukkan mentega. Sentiasa kacau sehingga kastard menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan.
3. Pukul whipping cream sehingga kental dan campurkan ke dalam kastard yang telah sejuk tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
4. Masukkan kastard ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam pastri Creamhorn yang telah sejuk tadi.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
Adunan ini boleh dapat 35 biji Creamhorn
Pastri perlu dicanai hingga nipis supaya bila masak, teksturnya menjadi garing dan tidak tebal.