Cuaca panas memang sedap kalau dapat makan aiskrim kan? Kalau buat sendiri dirumah rasa lebih puas hati sebab boleh buat lebih dan simpan dalam peti kalau terasa nak makan tinggal ambil je. Resipi Aiskrim Nutella yang dikongsikan oleh Fairuz Abu Hassan di Facebook ni memang mudah sangat, hanya perlu sediakan 3 bahan dah menjadi Aiskrim Nutella. Sedapnya Aiskrim Nutella ni jomlah kita cuba resipi Aiskrim Nutella ni sekarang buat awal cepat beku cepatlah kita dapat makan Aiskrim Nutella ni.

AISKRIM NUTELLA 3 BAHAN

Resipi Aiskrim Nutella Guna 3 Bahan Sahaja Dah Menjadi

BAHAN-BAHAN:

Resipi Aiskrim Nutella Guna 3 Bahan Sahaja Dah Menjadi

Nutella – BELI DI SINI

Susu pekat 1 tin – BELI DI SINI

Susu cair 1 tin – BELI DI SINI

Ads

 

Dapatkan Karcher K2 Winner High Pressure Cleaner dengan harga istimewa masukkan code RASGSP5 sebelum pembayaran untuk dapatkan diskaun RM 5 DISINI !!

 

CARA PENYEDIAAN:

Masak susu pekat dengan susu cair, campur 3 tin air. Biarkan sehingga mendidih.

Kalau nak rasa manis lagi boleh tambah gula.

Bila susu dah mendidih, biarkan sejuk.

Isi nutella dalam plastik aiskrim.

Resipi Aiskrim Nutella Guna 3 Bahan Sahaja Dah Menjadi

Ambik susu tadi, isi dalam plastik aiskrim. Boleh diikat simpul.

Siap! Masuk dalam peti ais beku. Tunggu beku dulu,baru makan tau!

Resipi Aiskrim Nutella Guna 3 Bahan Sahaja Dah Menjadi

SELAMAT MENCUBA

Ads

Kredit: Fairuz Abu Hassan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Resipi Pajeri Nanas Tanpa Santan Lebih Sihat Dan Jadi Pendapatan Sampingan

Resipi Pajeri Nanas Tanpa Santan Lebih Sihat Dan Jadi Pendapatan Sampingan

Resipi Ayam Cili Hijau Guna Air Fryer Sahaja Kurang Minyak Lebih Sedap

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion  Majalah Rasa:

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI