Resipi Ala Corndog Yang Sedap & Boleh Buat Secara Homemade.

Share

Bagi anda yang biasa menonton drama Barat atau Korea, pasti pernah melihat menu Corndog ni. Ia merupakan sajian yang dibuat menggunakan sosej dan keju yang dicelup dalam bancuhan tepung dan disalut bersama serbuk roti serta digoreng rangup. Rasanya memang sedap. Nak cuba? Resipi snek ala Corndog perkongsian saudari Nuraimi Amy

ni boleh dicuba.

CARA MASAK CORNDOG SEDAP SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket sosej
  • Keju mozarella
  • Keju cheddar ( keping) secukupnya
  • Serbuk roti secukupnya
  • Roti sandwic
  • Tepung Goreng Rangup Serbaguna ( pedas)
  • Lidi sate

CARA MEMASAK:
1. Potong sosej kepada dua bahagian dan potong keju mozarella menjadi bentuk dadu.

2. Ambil lidi sate kemudian cucuk keju mozarella berselang seli dengan sosej.

3. Balut keju tadi menggunakan roti dan keju cheddar yang telah dipotong dua.
4. Balut dengan kemas. Lakukan hingga habis @ mengikut kuantiti yang anda suka.
5. Bancuh Tepung Goreng Serbaguna dalam gelas tinggi supaya mudah dicelup. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
6. Salut roti tadi menggunakan serbuk roti hingga rata.
7. Rupa Corndog yang telah siap untuk digoreng.
8. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng hingga keemasan.
9. Sedia untuk dinikmati. Snek ini enak dinikmati panas-panas.


Kredit resipi & foto: Nuraimi Amy
Published by
Nur