Resipi ni asalnya dari masakan cina. Cara pembuatannya sangat istimewa dan rasanya juga lain dari yang lain. Bayangkan, kita minum teh panas sahaja dah rasa sedap dengan bau harumnya apatah lagi diperap bersama ayam yang di masak secara kukus. Resipi Ayam Asap Teh ini telah dikongsikan di Facebook oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Jom kita cuba resipi ni.
RESIPI AYAM ASAP TEH
BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan perap:
½ ekor ayam
½ sudu kecil lada hitam – BELI DI SINI
1 sudu minyak bijan – BELI DI SINI
2 sudu sos tiram – BELI DI SINI
2 sudu kicap pekat – BELI DI SINI
2 sudu madu – BELI DI SINI
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam secukup rasa
Bahan perasap:
3 uncang teh
3 sudu beras
3 sudu gula perang – BELI DI SINI
CARA MEMASAK:
Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
Bersihkan ayam. Tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
panaskan air untuk kukus ayam. Pakai api besar.
Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.
Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!
Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.
Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.
Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat bentuk mangkuk.
Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam kita.
Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak ayam dan jaring pengukus kita tadi.
Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.
Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.
Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.
Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit foto & resepi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official