Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan kudapan tradisi. Kerepek Bawang, Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.

1. KEREPEK BAWANG
Resipi Aneka Kerepek & Kudapan Tradisi Popular Di Hari Raya
BAHAN DOH BAWANG:

500gm tepung gandum
100gm bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
3 sudu makan pes cili kering
125ml air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DOH MARJERIN:

500gm tepung gandum
180gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
  1. Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
  2. Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
  3. Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
  5. Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
    Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi.
  6. ahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
  7. Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
  8. Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  9. Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.

 

 2. KUIH GUNTING
Resipi Aneka Kerepek & Kudapan Tradisi Popular Di Hari Raya
BAHAN-BAHAN:

500gm tepung gandum
5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
2 sudu makan serbuk kari
50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
250ml air
125ml minyak masak | dipanaskan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:
  1.  Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
  2. Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
  5. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
  6. Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

3. KUIH SIPUT

Resipi Aneka Kerepek & Kudapan Tradisi Popular Di Hari Raya

Ads
BAHAN-BAHAN:

500gm tepung gandum
250ml minyak masak
180ml air
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng secukupnya

 CARA MEMASAK:
  1.  Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
  2. Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
  3. Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
  4. Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
  5. Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.

 

4. POPIA SIMPUL

Resipi Aneka Kerepek & Kudapan Tradisi Popular Di Hari Raya

BAHAN POPIA:

Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SERUNDING IKAN:

1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
500ml santan
20 tangkai cili kering | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
7 batang serai | dikisar
5cm halia | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
120ml minyak masak

CARA MEMASAK:
  1.  Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
  3. Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
  4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
  5. Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
  6. Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
  7. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.

Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.

 

5. PUTU KACANG

Resipi Aneka Kerepek & Kudapan Tradisi Popular Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:
600gm kacang hijau | dibersihkan
400gm gula | dikisar halus
200ml air
 CARA MEMASAK:
  1.  Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau.
  2. Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya.
  3. Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak.
  4. Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
  5. Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam.
  6. Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya.
  7. Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit.
  8. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar  di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.

6. REMPEYEK KACANG DHAL

Resipi Aneka Kerepek & Kudapan Tradisi Popular Di Hari Raya

BAHAN-BAHAN:
200gm kacang dhal | direndam semalaman
250gm tepung beras
500ml santan
1 biji telur
100gm ikan bilis | dikisar
1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
1 sudu makan jintan manis | dikisar
1 sudu makan jintan putih | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
  1.  Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
  3. Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit.
  4. Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya.
  5. Masukkan kembali acuan  ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan.

Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Ads

Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI