Aneka jenis resipi pemanis mulut dari kuih muih tempatan yang boleh anda cuba sendiri dan boleh dijadikan sebagai hidangan tetamu. Ia mudah disediakan dan sememangnya disukai ramai!
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
Kulit:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 1 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
- Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
- 1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan | disimpulkan
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
- Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
- Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
- Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
- Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
- Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
- Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
- Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
- Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
- Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
- Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
- Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Fungsi tepung yang dimasukkan dalam inti bagi memastikan ia tidak berderai.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak : 30 minit.
Cara memasak : Goreng.
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM10
LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji pisang masak | dibuang kulit
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum | diayak
- ½ biji kelapa parut
- ½ sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya | dilayur atas api
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus.
- Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati
- Ambil sekeping daun pisang, letakkan satu sudu adunan pisang ditengah-tengahnya secara memanjang
- Letakkan satu sudu teh kelapa parut di tengah-tengahnya sebagai inti.
- Kemudian, tutup kelapa parut tadi dengan satu sudu adunan pisang
- Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan.
- Buat sehingga habis.
- Susun dalam pengukus secara berselang seli dan kukus selama ½ jam atau hingga masak
- Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Jika anda tidak mahu ada inti kelapa, campurkan sahaja dalam bahan kisar tadi. Kisar sekali hingga halus.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak : 40 minit.
Cara memasak : Kukus.
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM8
LEPAT UBI
BAHAN-BAHAN
- 1 kg ubi kayu | diparut
- 135 ml santan pekat
- 230 gm air gula Melaka
- 1 sudu besar gula pasir
- secubit garam
- 1 helai daun pandan | disimpul
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan gaul rata.
- Sediakan daun pisang secukupnya.
- Daun pisang dicuci bersih dan lap kering.
- Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil.
- Letak dua sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan.
- Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli.
- Kukus lepat antara 30 – 45 minit.
- Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh letakkan kelapa parut sebagai initi jika suka.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak : 40 minit.
Cara memasak : Kukus.
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM8
KUIH BAKAR KEMBOJA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur gred A
- 600 ml santan
- 250 ml jus pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 1 cawan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan mentega
- Bijan secukupnya untuk ditabur
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
- Sapukan acuan dengan mentega, ketepikan.
- Satukan semua bahan-bahan, kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus.
- Panaskan acuan dalam ketuhar selama lima minit.
- Keluarkan acuan dan tuangkan adunan dan masukkan semula dalam ketuhar.
- Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan di atas permukaan.
- Sambung membakar selama 40 – 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak.
- Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam acuan.
- Potong dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan 250ml jus pandan, kisar4-5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak 1jam.
Cara memasak : Bakar.
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM10
KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 2 cawan gula merah
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh air kapur
- Air secukupnya
Bahan Kelapa:
- Garam halus
- 1 cawan kelapa | putih sahaja
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan gula merah ke dalam bekas.
- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur.
- Masukkan air kapur, kacau lagi.
- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug untuk memudahkan menuang adunan ke dalam acuan kecil.
- Kemudian kukus selama 15-20 minit.
- Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
- Gaulkan kelapa dengan garam hingga sekata rasanya.
- Taburkan kelapa di atas kuih kaswi.
INFO CHEF: Sapukan acuan dengan minyak, bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak 40 minit.
Cara memasak : kukus .
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM8
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
- 700 gm ubi keledek
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Kupas kulit dan potong keledek kecil-kecil.
- Kemudian rebus hingga empuk, masukkan sedikit garam.
- Lenyek ubi keledek semasa masih panas dan
- Masukkn tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh.
- Taburkn tepung atas papan pencanai dan tapak tangan.
- Ambil doh sebanyak 30gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis.
- Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan.
- Sejukkan sebentar.
- Sementara itu, masukkn gula dan air ke dalam kuali.
- Didihkan menggunakan api yang sederhana.
- Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkn kuih tadi. Gaul rata.
- Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan.
INFO CHEF: Kalau boleh dapatkan keledek yang kuning isinya, kerana ia lebih lembut dan manis.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak 1 jam.
Cara memasak : Kukus dan goreng .
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM8
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 250 g tepung pulut
- 1/2 cawan tepung pulut hitam
- 2 sudu besar tepung gandum
- secubit garam
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
- 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 1 ketul gula Melaka
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan |disimpul
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur.
- Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
- Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
- Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
- Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
- Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
- Kemudian lipat seperti biasa.
- Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
INFO CHEF: Tambah sedikit tepung gandum untuk anda yang tidak mahu terlalu liat.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak 45 minit.
Cara memasak : Kukus .
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM10
KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras pulut
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan |dikisar
- 1 sudu teh air kapur
- 1/2 sudu teh garam
- Beberapa titik pewarna hijau
- Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam
Bahan Air Gula:
- 3 ketul gula Melaka
- 5 sudu besar gula
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMASAK:
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dengan air selama tiga jam bersama pewarna hijau dan air kapur.
- Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
- Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian masukkan santan & air pandan ke dalam pulut tadi, gaul rata dan kukus lagi selama 30minit.
- Kemudian bentukkan pulut ikut bentuk yang anda suka.
- Gaulkan pulut dengan kelapa parut. Ketepikan
- Sementara itu buat air gula. Masukkan semua bahan air gula dalam periuk.
- Masak menggunakan api sederhana, apabila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat.
- Angkat dan biarkan sejuk.
- Siap dihidangkan bersama pulut.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 500 gram tepung pulut
- 4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
- 1 cawan air
- Gula melaka | dipotong kiub
- Kelapa parut putih secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk., jika suka.
- Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan.
- Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
- Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
- Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
- Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
- Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
- Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
- Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
INFO CHEF: Masukkan sehelai daun pandan ke dalam rebusan air, untuk mendapatkan aroma wangi daun padan pada onde-onde.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak 45 minit.
Cara memasak : Kukus .
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM10
APAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
Bahan B:
- 11gm yis mauripan
- 1/2 cawan air suam
- 1 sudu teh gula halus
Bahan C:
- 4 cawan tepung gandum
- secubit garam
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak hingga gula larut.
- Tapis dan sejukkan.
- Dalam bekas lain satukan bahan B dan kacau, biarkan lima minit atau hingga berbuih.
- Seterusnya, satukan bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah disejukkan, kacau menggunakan whisk.
- Setelah sebati, tutup dan perapkan selama 1 jam.
- Sapukan acuan dengan minyak,kemudian tuangkan adunan dalam acuan.
- Kukus selama 20 minit.
- Angkat dan sejukkan.
INFO CHEF: Apam ini sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak 45jam.
Cara memasak : Kukus .
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM10
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi keledek
- Tepung gandum
- Sedikit gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
- Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
- Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
- Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
- Bentukkan doh bulat seperti bebola.
- Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
- Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
- Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
INFO CHEF: Gunakan api sederhana semasa menggoreng untuk mengelakkan kuih pecah.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Kuih-muih
Waktu memasak 30 minit.
Cara memasak : Goreng.
Keistimewaan: Manis
Anggaran kos: RM10
Selamat mencuba!