Apam persis aiskrim ni sangat menarik. Teksturnya yang lembut dan gebu serta dihiasi coklat berkacang yang enak. Memang unik!

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 190gm tepung gandum | diayak
  • 2 biji telur
  • 60gm gula
  • 90ml aiskrim soda
  • 1/2 sudu teh ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kegemaran
  • Kon kertas secukupnya
  • 100gm coklat masakan | dicairkan
  • Badam panggang cincang | hiasan

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Pukul gula dan telur sehingga gebu dan ringan.
  2. Masukkan tepung  dan kaup balikkan sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan aiskrim soda dan gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan anda.
  5. Susun kon di dalam periuk kukusan dengan meletakkan hujung kon pada lubang kukusan.
  6. Paipkan adunan selapis demi selapis mengikut warna pilihan anda.
  7. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana sehingga apam masak. Biarkan seketika sehingga apam sejuk.
  8. Cairkan coklat masakan, tuang di atas apam dan taburkan badam dengan secukupnya.
  9. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk mengeraskan coklat.
  10. Tanggalkan kertas kon dan sedia untuk dinikmati.

 

Info chef: Ketika mengukus, pastikan kon diisi dalam bekas kukusan paling atas manakala bekas kukusan lapisan kedua dibiarkan kosong bagi mengelakkan acuan basah.

IKLAN

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI