Terasa nak makan Apam Balik Crispy? Kalau teringin, mari cuba buat sendiri. Resipi perkongsian saudari Noor Ashikin Yusuf ni memang mudah. Sekejap je dah siap dan boleh makan. Sekali buat boleh dapat dapat banyak. Memang puas makan.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan bahan satu persatu mengikut urutan. Setiap kali tambah bahan, setiap kali tu la perlu dikisar.Jangan letak semua sekaligus. Perlu kisar satu persatu. 2. Selepas dikisar, peram adunan selama 30 minit. Lebih pun tidak mengapa. 3. Panaskan kuali non-stick menggunakan api sederhana. 4. Sendukkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan senipis-nipisnya. 5. Bila permukaan atas sudah mula berlubang ekcil, masukkan topping dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
6. Bila Apam Balik mula kelihatan coklat disekelilingnya, bolehlah dilipat dan diangkat. 7. Apam Balik Crispy sedia untuk dimakan.
Resipi daging malbari sedap. Pernah makan masakan ini? Memang sedap. Sekali tengok rupanya macam daging masak hitam kan? Tapi berbeza tau. Kalau tak pernah cuba, mesti cuba, baru tahu rasanya.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh En. Ahmad Faisal ini ye. Selamat mencuba!
Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi dengan menggunakan api perlahan. Kemudian kisar semua bahan ini.
Setelah itu, masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2 jam.
Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air.
Masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging. Apabila daging lembut, masukkan kerisik, garam, gula dan air gula. Masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.
Menu ikan siakap biasanya kalau makan di restoren harganya agak mahal, jadi eloklah kita sediakan sendiri di rumah. Memang jimat banyak.
Ikan siakap selain dari dimasak kengsom atau tiga rasa ada satu lagi yang tak kurang sedapnya iaitu siakap goreng pedas manis. Lauk ini juga mudah untuk disediakan dan rasanya pasti disukai seisi keluarga.
Cara Buat Siakap Goreng Pedas Manis
Bahan-bahan
1 ekor siakap saiz kecil / sederhana
2sb cili dan bawang kisar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang holland
Tepung jagung
Sos tiram, sos nampla (sos ikan), cili sos
Garam
Cili padi, nenas
Air limau / air asam jawa
Gula
Daun sup
Cara membuat:
1. Siakap yang dah dibersihkan dilumur dengan garam dan tepung jagung seluruh bahagian.
2. Panas minyak dalam kuali, guna minyak yang banyak supaya ikan tenggelam bila digoreng. Bila dah garing, angkat dan tos.
3. Cincang bawang putih kemudian tumis sampai garing. Seterusnya masukkan cili dan bawang kisar, tumis lagi sampai garing.
4. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan air limau. Kacau sebati.
5. Bubuh gula dan renjis sedikit nampla. Kacau.
6. Masukan cili padi yang dihiris serta nenas yang dipotong bersama bawang.
7. Akhir sekali masukkan daun sup. Kacau kemudian tuang atas ikan siakap yang siap digoreng. Sedia dihidang.
Ahli keluarga anda gemarkan hidangan barat terutama pasta? Tapi pasti bosan juga jika asyik masak resipi yang sama. Apa kata anda cuba aneka resipi pasta baru yang RASA kongsikan ni. Pasti berselera!
1. SEAFOOD PASTA
BAHAN-BAHAN:
300gm pasta penne
5-6 ekor kepah
5-6 ekor udang
3 ulas bawang putih cincang halus
4 sudu makan pes tomato
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan cincangan daun parsli
Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.
2. PESTO PASTA
BAHAN-BAHAN:
1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
2 cawan cincangan daun basil segar
½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
½ cawan minyak zaitun
¼ cawan kacang pain |panggang
5 ulas bawang putih
Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
Kisar sehingga semua bahan lumat.
Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika suka, boleh tambah lebih keju.
3. PEPPERONI PASTA
BAHAN-BAHAN:
400gm pasta pendek pelbagai warna
600gm tomato dalam tin
220gm pepperoni
1 biji cili benggala merah |cincang dadu
1 biji bawang besar | cincang dadu
2 sudu makan cincang daun parsli
1 sudu makan pes tomato
1 sudu teh paprika
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.
4. LINGUINE ALLA PUTTANESCA
BAHAN-BAHAN:
300gm linguine
400gm plum tomatoes
10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
3 ulas bawang putih |cincang halus
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan capers | toskan
¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
Secubit serbuk cayenne
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.
5. CREAMY RAVIOLI
BAHAN-BAHAN:
400gm doh pasta segera |nyah bekukan
120gm dada ayam | cincang halus
120gm hirisan cendawan
50gm cincangan bayam muda
1 labu bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
6 sudu makan parutan keju romano
2 sudu makan cincangan daun basil segar
1 cawan krim masakan
2 biji telur | pukul dengan garpu
Secubit serbuk buah pala
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.
6. CHICKEN TORTELINNI
BAHAN-BAHAN:
450gm doh pasta segera |nyah bekukan
120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
1 labu bawang Bombay | cincang halus
2 sudu makan cincangan daun parsli
50gm bayam muda
2 sudu makan parutan keju parmesan
1 biji telur |pukul dengan garfu
Secubit ‘allspice’
Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
1 ½ cawan krim masakan
120gm cendawan butang | hiris nipis
3 ulas bawang putih | cincang halus
4 sudu makan parutan keju parmesan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.