Terasa nak makan Apam Balik panas-panas tapi tak tau nak beli dekat mana? Maklumlah situasi sekarang ini membuatkan pasar malam tidak dibuka. Kalau teringin, mari cuba buat sendiri. Resipi perkongsian saudari Marliza Ghazali ni memang mudah. Sekejap je dah siap dan boleh makan. Pasti seronok dapat makan Apam Balik Nipis ni. Hmm… Tak sabar nak cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan kisar lagi. 2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kisar hingga sebati. 3. Panaskan kuali ‘non-stick’ atau sapukan sedikit planta pada acuan apam balik. 4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak. 5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim kacang dan marjerin. Biarkan sekejap.
6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.
Kredit petua & foto: Marliza Ghazali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.
Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.
AYAM VARUVAL
BAHAN PERAP:
1/2 ekor Ayam
Halia
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dengan semua bahan perapan
2. Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry)
BAHAN VARUVAL:
4 sudu besar jintan manis
15 ulas bawang putih
Daun kari
Cili kering
3 biji bawang besar
Halia-ditumbuk halus
1 biji tomato
3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar
CARA MEMASAK:
Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.
2 Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.
4. Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit
6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.
7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi jika perlu tambah bahan perasa.
8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni macam macam kisah masyarakat yang kita dengari. Ada yang meruntun hati tak kurang juga memberi inspirasi. Tapi kisah yang dikongsikan oleh Mohd Firdaus Jaafar Ngdalam laman Facebooknya ni agak mencuit hati.
PKPB ini hanya dua hingga empat orang sahaja dibenarkan sahaja makan di meja. Ia sebagai salah satu syarat bagi membendung wabak Covid-19 yang masih mengganas ketika ini. Dan kanak-kanak kecil memang tak dibenarkan kerana mereka golongan berisiko yang mudah dijangkiti.
Disebabkan teringin makan nasi kandar namun tetap mematuhi SOP pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil ini sanggup melalui pengalaman makan di luar kebiasaan.
Ni antara luahan yang dikongsikan Mohd Firdaus Jaafar Ng :
“1 kete Max 3 org tapi
1 Meja Max 2 org.
Kanak2 dilarang.
So makan la dalam kete…”
Menurutnya lagi “Duk ketagih NAK, tapi…nak ke Penang tak boleh kerana PKPB. Nak makan kat restoran tak boleh ada baby.
Nak bungkus, tak surr (tak sedap).”
Ketika itu Firdaus dan isteri baru pulang dari klinik di Shah Alam untuk temujanji vaksin influenza anak mereka.
Dek kerana mengidam untuk menikmati juadah nasi kandar membuatkan suami isteri ini sanggup angkut pinggan dan makan dalam kereta.
.
Perkongsian Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam akaun Facebook membuatkan ramai warganet yang memahami keadaan itu memberikan galakan bahkan ada juga yang syor restoran lain menyediakan juadah sama.
Di kalangan kaki makan nasi kandar ini memang sanggup makan di kedai sebab dikatakan kalau bungkus, hilang ‘kesurran’ juadah tersebut.
Rata-rata warganet yang berkongsi komen dalam perkongsian tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai hiburan buat peminat makanan utara, ada juga kata berkelah dalam kereta pun syiok.
.
Namun tindakan pengusaha restoran yang prihatin ini amat terkesan di hati masyarakat.
Menurut pengusaha Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim kepada Sinar Plus, “Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, saya menghadkan jumlah yang datang makan dan tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premis.
“Bimbang juga sebab wabak masih ada dan pada masa sama, memahami keinginan pelanggan untuk menjamah juadah di premis kerana rasa lebih surr (lebih sedap, ummphh), jadi kami bawakan makanan terus ke dalam keretanya,”ujarnya sambil tergelak kecil.
Moga tindakan pengusaha ini memberi inspirasi kepada tokeh restoran yang lain. Kepada ibu bapa yang anak-anak masih kecil, patuhilah SOP dan jagalah keselamatan diri dan anak-anak. #kitajagakita
Nah bagi mereka yang teringin menikmati sajian nasi kandar, ini dia min kongsikan 2 sajian popular yang biasa ada di RestoranMamak.
AYAM MADU MAMAK
BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
1sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh garam
1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
1 tangkai daun kari
1sudu teh bawang merah kisar
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 labu bawang besar |dikisar
½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
½ sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili
200gm buah kurma |dibuang biji
½ cawan air
3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
50gm kacang gajus
10gm buah kismis
1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
SOTONG MASALA
.
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
2 biji cili merah |dipotong memanjang
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 tangkai daun kari
1 labu bawang merah (dikisar)
2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1sudu teh serbuk jintan manis
1sudu teh serbuk cili
50gm santan pekat
1 cawan air rebusan sotong
3 sudu makan minyak masak
½ sudu teh gula
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
Kredit foto : Mohd Firdaus Jaafar Ng Sumber : sinar plus.sinar harian
INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM LAYARI DI SINI.
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI. LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial