Apam beras merupakan antara kuih yang tidak lapuk dek zaman. Memang enak jika apam beras digandingkan bersama kelapa parut yang masin-masin berlemak. Resipi apam beras kali ini dikongsi oleh Siti Zainab Mahmud. Jom kita cuba resipi ini.
APAM BERAS ENO
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar nasi tapai, gula dan air sehingga halus.
2. Masukkan tepung beras dan kisar hingga sebati.
3. Tuang ke dalam bekas dan masukkan serbuk eno.
4. Kacau sebati hingga buih sekata.
5. Asingkan ke dalam bekas atau jug kecil untuk letak pewarna yang anda mahukan.
6. Pastikan periuk kukusan sudah dipanaskan terlebih dahulu.
7. Kukus dengan api yang kuat sehingga mengembang dan masak sepenuhnya.
8. Dalam 5 hingga 7 minit, boleh angkat. Siap!
Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Siti Zainab Mahmud
Anda mencari PENGISAR? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: