Apam Jepun inti kacang merah, lembut dan sedap macam beli di pasar malam. Kuih ini antara kegemaran ramai kerana teksturnya yang manis dan gebu-gebu manja. Ia hasil gabungan yis dan soda bikarbonat, dengan aroma santan dan vanila yang wangi. Waktu masak baunya memang lagi menggoda.
Inti apam Jepun ini sebenarnya boleh dipelbagaikan, tapi inti kacang merah memang klasik dan jadi kegemaran ramai. Selalu dijual di gerai-gerai tepi jalan atau pasar malam, tapi sebenarnya apam ini sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah.
Cara Buat Apam Jepun Inti Kacang Merah
Bahan A (dikisar)
2 biji telur gred C
3 sudu besar gula
Bahan B (bancuhan)
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
½ cawan santan
1 camca teh yis kering
½ camca teh soda bikarbonat
2 sudu besar marjerin cair
1 camca teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Inti kacang merah secukupnya (boleh guna yang siap beli di kedai bahan kek)
Cara Penyediaan
1. Kisar bahan A (telur dan gula) hingga berbuih dan gula larut sepenuhnya. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan semua bahan B. Kacau rata hingga sebati, kemudian masukkan bahan A yang telah dikisar. Kacau semula hingga adunan betul-betul sebati.
Ads
3. Tutup bekas dan perap selama lebih kurang 1 jam atau sehingga adunan naik dan berbuih.
4. Panaskan kuali leper atau non-stick. Sapu sedikit minyak pada kuali dan sekeliling acuan.
5. Tuang adunan separuh acuan, kemudian letakkan sesudu inti kacang merah. Tutup dengan adunan lagi sehingga menutupi inti.
Ads
6. Tutup kuali dan biar sehingga bahagian atas mengeras. Kemudian balikkan apam dan biar hingga kedua-dua bahagian berwarna keemasan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Tip RASA
-Jika suka, boleh tukar inti kepada kaya, coklat, kacang tanah manis atau kelapa.
Ads
-Untuk hasil apam yang gebu dan elok bentuknya, pastikan adunan diperap cukup naik.
-Gunakan api sederhana supaya apam masak sekata dan tidak hangus di luar.
Apam Jepun ini bukan sahaja lembut dan sedap, tapi baunya pun sangat menggoda bila masak panas-panas atas kuali.
Kuih Serabai, berbentuk seakan apam yang dinikmati bersama kuah manis. Ia merupakan salah satu dari kuih tradisionalorang dulu-dulu dan popular di kalangan rakyat negeri Kelantan dan Terengganu.
Jika di bandar, susah nak jumpa kuih ni. Sebenarnya nak buat kuih ni pun tak lah susah. Guna nasi sejuk, tepung beras dan beberapa bahan mudah yang lain sahaja. Teringin nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari HasnieZa Nor.
CARA MASAK KUIH SERABAI KUAH MANIS
BAHAN KUIH SERABAI:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi + 2 cawan santan cair
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan air suam bersama yis dan biar sekejap dalam 5 minit
Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
Sudah kisar campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar. Kacau sebati.
Kemudian masukkan yis. Kacau sebati dan peram dalam 1 atau 2 jam.
Bakar macam biasa. Sapu sedikit minyak pada pan atau acuan. Bakar dalam 10 -15 minit ye. Boleh bakar guna kuali leper atau acuan elektrik. Lebih kurang macam hendak masak lempeng.
BAHAN KUAH MANIS:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan
1 biji telur
Sedikit garam
3 sudu besar gula
2 keping gula melaka/nisan
CARA MEMASAK:
Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja bagi sebati
Sudah kisar masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Bersama air tepung jagung tadi.
Kemudian buka api dan masak macam biasa sampai gula serta gula melaka betul-betul larut.
Masak dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama sebab santan boleh “pecah minyak”. Bila kuah mula pekat sudah kira masak.
INFO: Boleh masukkan isi durian pada kuah untuk tambah rasa durian.
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
Pukul telur sampai kembang
Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Pemanggang ajaib adalah salah satu alat memasak yang sangat berguna lebih-lebih lagi jika memasak lauk bakar. Namun, bukan itu sahaja, jika nak masak lauk kukus atau kuih muih pun boleh juga. Ada pelbagai resipi kita boleh cuba masak menggunakan pemanggang ni. Fungsinya lebih kurang sahaja macam ketuhar malah lebih mudah kerana menggunakan dapur gas. Jom kita lihat senarai hidangan yang anda boleh hasilkan. Bolehlah cuba tengah hari ni.
1. AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | dipotong empat
2cm lengkuas | dikisar
1cm halia | dikisar
12 biji bawang merah | dikisar
2 sudu makan asam jawa
Sedikit gula melaka
4 sudu makan madu
1 sudu makan garam
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Satukan bahan kisar, asam jawa, gula melaka, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata.
Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata. Perap ayam selama dua jam.
Panaskan pemanggang dan letak kepingan aluminium foil. Kemudian susun ayam. Terbalikkan-terbalikkan ayam hingga masak. Anggaran masa antara 15-20 minit.
Angkat dan nikmati bersama keluarga tercinta.
Info chef: Jika menggunakan ketuhar, masa memasak yang diperlukan adalah antara 20 – 30 minit menggunakan suhu 200C.
2. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN UTAMA:
4 bahagian paha saiz sederhana (whole leg)
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh gula melaka
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
10cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan lada hitam
1cm kunyit hidup
3 biji cili merah
BAHAN KUAH:
1 ulas bawang merah | dihiris halus
1 ulas bawang putih | dihiris halus
1cm halia | dipotong julliene
1 biji cili merah | dipotong serong
2 sudu makan madu
125ml air asam jawa
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan kuah ayam panggang, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan halia diikuti madu dan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam. Ketepikan seketika.
Bagi menyediakan ayam panggang halia, gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama. Perapkan ayam selama lebih kurang satu jam setengah.
Susun ayam dalam pemanggang yang telah disapu minyak masak dan bakar menggunakan api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam kelihatan masak. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos.
Info chef: Untuk memastikan ayam masak, pastikan ketebalan isi ayam sama tebal. Anda juga boleh keluarkan tulang ayam dan masak isinya sahaja.
3. SIAKAP BAKAR PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
1 keping asam gelugur
50gm petai
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulasa bawang putih
2cm kunyit
2cm halia
2cm lengkuas
1 batang serai
10 biji cili kering
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.
Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang dimasak tadi dan ratakan.
Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan secukupnya.
Bungkus ikan dengan kemas dan bakar dalam pemanggang ajaib selama 30 minit atau sehingga masak. Terbalikkan agar masak sekata.
Angkat dan nikmati bersama nasi putih.
Info chef: Ikan hendaklah disiang dan dibelah belakangnya. Perapkan bersama 1 sudu makan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.
4. KUIH BAKAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung jagung
170gm gula pasir
200ml santan pekat
25gm tepung kastard
350ml air
2 sudu makan mentega
4 biji telur
1 tin jagung manis
Sedikit bijan
Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
Oles pemanggang menggunakan mentaga dan panaskan seketika.
Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
Bakar selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan. Guna api kecil sahaja.
Sedia untuk dinikmati.
Jika guna ketuhar, masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan.
Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
Info chef: Jika guna ketuhar, untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.
5. KUIH BAKAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum
720ml santan cair
720ml air
5 biji telur
350gm daging kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 biji cili merah | dihiris
1 biji bawang besar | dimayang
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
Oles sedikit minyak pada pemanggangdan panaskan dengan api perlahan.
Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 pemanggang.Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili. Tutup pemanggang.
Masak sehingga kuih kelihatan garing dan masak sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.
Jika bakar menggunakan ketuhar, isi adunan ke dalam acuan, masukkan intu dan masak diatas dapur seketika.
Setelah kuih kelihatan garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.
6. PAIS DAGING
BAHAN-BAHAN A:
30gm daging | cincang kasar
3 sudu air asam jawa
½ cawan santan pekat
1 helai daun kunyit |dihiris
Garam dan gula secukupnya
Daun pisang secukupnya
BAHAN B (KISAR KERING):
5 tangkai cili kering |kisar kering
1cm halia
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Perap daging dengan bahan A selama ½ jam.
Masukkan bahan B dan perap lagi selama ½ jam.
Bungkus di dalam daun pisang.
Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak sepenuhnya.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
7. SIAKAP STIM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap |bersihkan
100gm cendawan tiram |carik kasar
100gm lada benggala |potong
40gm bawang besar |belah enam
5 ulas bawang putih |belah dua
2 inci halia |hiris halus
50ml sos ikan
5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
100ml kicap cair
10gm cili padi |hiris halus
5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK:
Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. Jangan terlalu kemas. Biarkan ada ruang sedikit.
Kemudian masukkan ikan ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan air anggaran satu cawan. Tutup pemanggang dan buka api.
Kukus ikan tadi selama 15 minit atau lebih bergantung pada saiz ikan.
Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
8. AYAM BAKAR BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos soya pekat
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan air asam jawa
8 biji bawang merah | kisar
5 biji bawang putih | kisar
2 biji buah keras | kisar
1 batang serai | kisar
2cm halia | kisar
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan. Api jangan terlalu besar kerana dikhuatiri ayam akan hangus diluar tetapi di dalamnya tidak masak.
Untuk membuat kuahnya; Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan hidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.
9. CENCARU BELAH BELAKANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan cencaru | belah bahagian belakang
½ biji kelapa parut | ambil putihnya
4 biji cili merah | tumbuk
6 biji bawang merah | tumbuk
4 biji bawang putih | tumbuk
1 batang serai | mayang halus
1 sudu teh air asam jawa
Garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.
Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan tumbuk dengan air asam, kelapa parut dan serai. Gaul rata.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Sendukkan campuran kelapa ke dalam ikan dan balut dengan daun pandan.
Bakar hingga ikan masak. Lapik dengan aluminium foil di dasar pemanggang jika perlu.Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dimakan bersama dengan sambal kicap jika suka.
10. SOTONG BAKAR PAPRIKA
BAHAN-BAHAN:
6-8 ekor sotong saiz besar
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus. Jika gun sotong saiz sederhana, tidak perlu kelar.
Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
Panaskan pemanggang ajaib dan susun sotong. Bakar hingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.