Sedapnya Apam Kampung Gula Merah resipi perkongsian saudari Norhasnita Zainudin ni. Bahan-bahannya ringkas malah senang nak sukat sebab guna sukatan cawan je. Bolehlah cuba buat untuk sarapan atau minum petang. Jom lihat cara-caranya.
APAM KAMPUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air suam
- 1 cawan gula merah
- 2 sudu makan gula putih ( gula biasa)
- 1 paket mauripan
CARA MEMASAK:
1. Campurkan gula merah ke dalam bekas berisi air suam. Larutkan.
2. Kemudian dalam bekas berlainan, masukkan tepung, mauripan dan gula putih. Kacau hingga sebati.
3. Tapis larutan air gula merah tadi ke dalam bekas berisi tepung. Kacau hingga sebati dan perap selama 1 jam hingga kembang.
4. Sapu sedikit minyak pada loyang. Tuang adunan tadi ( jangan kacau adunan yang diperam tu).
5. Kukus adunan apam selama 1 jam 30 minit atau hingga masak.
6. Setelah masak, bolehlah dinikmati bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus.
Kredit resipi & foto: Norhasnita Zainudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Puding Ni Super Sedap Untuk Puasa.
Kepada penggemar puding kalau anda suka untuk mencuba, ini disediakan 4 variasi puding yang mudah disediakan dan sedap. Tak rugi mencuba, apa kata korang boleh buat lebih dan sedekah kat jiran-jiran atau dijadikan buah tangan bila berbuka di rumah sanak saudara atau kawan-kawan.
PUDING LUMUT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN UNTUK KACANG HIJAU:
1 paket agar-agar serbuk
100gm gula pasir
700ml santan
2 helai daun pandan | ikat simpul
1 sudu makan tepung gandum
Kacang hijau hijau telah direbus secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Lapisan kacang hijau: Masak semua bahan dalam periuk, kacau hingga mendidih atas api sederhana kecuali kacang hijau.
- Tutup api, masukkan kacang hijau, kacau hingga rata, tuang acuan (separuh acuan sahaja).
Resipi : @yunirahmadaniramli
PUDING LUMUT PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 paket agar serbuk
150gm gula pasir
2 biji telur ayam, kacau
125ml santan
100ml jus pandan (10 helai daun pandan +air, kisar dan tapis) atau pasta pandan + air
60 ml air masak
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh vanilla esen
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dalam periuk, masak dengan api sederhana, sekali sekala kacau.
- Setelah mendidih kecilkan api sambil menunggu ‘lumut’ terbentuk dengan sendirinya
- Setelah terbentuk lumutnya, tutup api, tuang perlahan di atas lapisan putih. H
- Setelah hilang wap bolehlah simpan dalam peti ais.
Resipi : Tintin Rayner
SOS GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
15ml air masak
50gm gula Jawa, sisir halus
1/2 sudu makan tepung jagung, larutkan dengan sedikit air.
CARA MEMASAK:
- Masak air dan gula hingga larut.
- Masukkan bancuhan tepung jagung.
- Masak hingga pekat masak hingga mengental.
Resipi: Ms.rinadedik
- Setelah masak sos Gula Melaka siap dihidangkan bersama puding tadi.
PUDING TAPAI LAPIS COKLAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN I:
1 paket agar-agar serbuk
800ml santan
100-150gm tape pulut hijau
5-6 sudu makan gula pasir
1 lembar daun pandan
1/2 sdt garam
BAHAN II:
1 paket agar-agar serbuk perasa cokelat
800 ml air
1/2 tin susu pekat manis coklat
100gm coklat | cincang kasar
1 sudu makan serbuk coklat
5-6 gula pasir | jika suka
CARA MEMBUAT:
- Campur semua bahan 1. Kacau rata dan renehkan atas api kecil hingga mendidih.
- Tutup api, biarkan hingga hilang wap baru tuang dalam acuan.
- Sejukkan dalam peti ais.
- Setelah permukaan puding bahagian pertama sedikit keras, mula sediakan puding bahagian kedua.
- Campur air, agar agar, gula dan coklat serbuk, kacau rata.
- Renehkan atas api kecil sambal kacau , masukkan cincangan coklat, kacau lagi hingga cincangan coklat cair dan mendidih semula.
- Tutup api, dan biarkan wapnya hilang baru tuang perlahan atas lapisan puding pertama tadi.
- Sejukkan semula peti sejuk. Setelah sejuk sedia dihidangkan.
Resipi: susie.agung
PUDING JAGUNG PANDAN
BAHAN-BAHAN A:
210gm krim jagung manis
100gm gula pasir
50gm tepung beras
40gm tepung ubi
175ml santan
1/4sudu the garam
2 titik pewarna kuning
BAHAN B:
260ml santan
50gm tepung gandum
15gm tepung ubi
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perasa pandan
CARA MEMBUAT:
- Campur bahan A jadi satu dalam blender, kisar hingga halus, tapiskan dalam bekas. Ketepikan.
- Campur bahan B jadi satu, bahagikan kepada dua bahagian, satu bagian tambahkan perasa pandan. Satunya biarkan putih.
- Sapukan acuan dengan minyak, kemudian masukkan bancuhan bahan A separuh acuan sahaja, kukus hingga setengah masak.
- Masukkan adunan putih, kukus lagi setengah masak.
- Akhir sekali tuangkan adunan hijau dan kukus semula hingga masak.
- Angkat dan biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
Resipi : @veronicadhani
PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
2 paket agar serbuk | lebih kurang 14gm
1600 susu
200gm gula| ikut kesesuaian rasa
3-4 biji kuning telur |ikut kesesuan saiz
Serbuk kopi segera atau mocha| bancuh dengan sedikit jadikan pes
Biskut Marie secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan susu segar, agar-agar, gula, kuning telur, kacau rata sampai sebati.
- Masak menggunakan api sederhana sambal kacau.
- Tutup api apabila mendidih.
- Ambil lebih kurang 100ml adonan puding campur dengan pes kopi / mocca, lalu percikkan ke sekitar acuan, diamkan hingga ia mengeras.
- Kemudian patah-patahkan biskut Marie dan masukkan ke dalam acuan.
- Tuang semua adunan puding dalam acuan, biarkan biskut Marie terapung, jika tak cukup tambah lagi biskut hingga memenuhi permukaan acuan.
- Tuangkan baki bancuhan pes kopi atau mocha tadi di atas lapisan biskut.
- Sejukkan dalam peti ais.
Resipi: @cookingwithhel
Resipi Kuih Abok Abok Sagu Sedap Guna Sukatan Cawan
Kuih Abok-Abok Sagu adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan ramai terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat. Jom cuba resipi perkongsian saudari MariaKhalisya Khalis ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA BUAT KUIH ABOK ABOK SAGU GUNA SUKATAN CAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan sagu biji – beli online disini
3 cawan air biasa
1/2 cawan gula merah – beli online disini
5 sudu makan gula putih – beli online disini
1/2 biji kelapa parut
Daun pisang secukupnya – layurkan atas api & lap bersih
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu dengan air sampai meresap semuanya dalam 30 minit. Kemudian toskan supaya tiada air yang meleleh.
2. Kemudian campurkan sagu yang di tos tadi dengan kelapa parut dan juga garam. Gaul rata. Dalam mangkuk laik, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata.
3. Ambil daun pisang dan buat macam corong @ kelonsong. Masukkan 1 sudu sagu, ratakan.
4. Kemudian masukkan gula ½ sudu atau boleh lebihkan ikut tahap manis yang disukai.
5. Seterusnya tambahkan 1 sudu lagi sagu. Bungkus kemas. Ulang langkah tadi hingga semua bahan habis.
6. Bila semua sudah siap dibungkus, kukus Kuih Abok Abok selama 30 minit menggunakan api sederhana atau sehingga sagu menjadi lembut dan jernih.
7. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: MariaKhalisya Khalis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Indonesia. Mudah & Sedap
Resipi Fishcake Homemade Paling Sedap, Mudah & Senang Dibuat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Lempeng Guna Baki Nasi Sejuk, Elok Je Jadi Lembut & Gebu
Kebiasaannya, bila buat lempeng mesti kita akan gunakan tepung gandum kan.
Namun untuk resipi yang dikongsi Umi Watie ini, langsung tidak menggunakan tepung gandum dan sesuai untuk mereka yang tak boleh makan gandum.
Hanya menggunakan baki nasi sejuk, terhasillah lempeng lembut dan gebu je.
RESIPI LEMPENG GEBU & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
5 sudu besar tepung beras | diayak – beli online di sini
1 sudu besar madu asli – beli online di sini
2 biji telur saiz A
¼ cawan air
Sedikit garam – beli online di sini
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sampai bahan jadi halus.
2. Panaskan kuali. Saya gunakan kuali anti lekat. Sapukan sedikit minyak, tuangkan sesenduk adunan atas kuali. Saya buat saiz kecil-kecil comel saja.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masak kedua bahagian hingga masak. Masak garing sikit baru best. Jangan risau, takkan kerasnya lempeng ni. Lagi garing lagi syok.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Dah siap. Saya bancuh 2 adunan. Lempeng ni sedap, wangi dan gebu. Makan kosong pun sedap. Macam sarapan di hotel pula dah rasanya. Selamat mencuba!
*lempeng boleh dimakan dengan mentega, madu dan buahan segar. Boleh juga dengan nutella dan biscoff spread.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kulit Karipap Rangup, Sukatan Cawan & Sukatan Timbang
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: