
Sedapnya Apam Kampung Gula Merah resipi perkongsian saudari Norhasnita Zainudin ni. Bahan-bahannya ringkas malah senang nak sukat sebab guna sukatan cawan je. Bolehlah cuba buat untuk sarapan atau minum petang. Jom lihat cara-caranya.
APAM KAMPUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air suam
- 1 cawan gula merah
- 2 sudu makan gula putih ( gula biasa)
- 1 paket mauripan
CARA MEMASAK:
1. Campurkan gula merah ke dalam bekas berisi air suam. Larutkan.
2. Kemudian dalam bekas berlainan, masukkan tepung, mauripan dan gula putih. Kacau hingga sebati.
3. Tapis larutan air gula merah tadi ke dalam bekas berisi tepung. Kacau hingga sebati dan perap selama 1 jam hingga kembang.
4. Sapu sedikit minyak pada loyang. Tuang adunan tadi ( jangan kacau adunan yang diperam tu).
5. Kukus adunan apam selama 1 jam 30 minit atau hingga masak.
6. Setelah masak, bolehlah dinikmati bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus.
Kredit resipi & foto: Norhasnita Zainudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Boleh Buat Sendiri 2 Menu Olahan Dari Durian Yang Sungguh Sedap Ini.

DURIAN atau nama saintifiknya ‘Durio’, buah tropika berasal dari Asia Tenggara ini terkenal dengan jolokan ‘Raja Buah’. Ia mempunyai isi yang lembut, rasa manis dan sangat sedap. Raja buah ini juga berkhasiat dimakan sebaik saja buahnya gugur. Durian antara buah-buahan tempatan memiliki banyak khasiat. Kepada pencinta durian berikut dua menu olahan dari durian yang sedap boleh korang semua cuba.
.
KUIH CARA DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 260gm tepung gandum
- 240gm gula
- 500 ml santan kotak
- 250 ml air
- 6 biji telur saiz A
- 300gm puri durian
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Sebatikan isi durian bersama gula di dalam mangkuk besar.
- Masukkan minya, gaul rata.
- Seterusnya tambah santan dan tepung secara berselang seli. Kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan telur, vanila dan garam kacau rata lagi.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur. Setelah panas sapukan minyak.
- Tuangkan aduan 3/4 acuan dan tutup acuan dengan tudung periuk.
- Bakar lebih kurang 12-15 minit.
- Setelah masak angkat dan ulang bakar hingga habis adunan.
- Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
.
BUBUR CANDIL DURIAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN ISI:
- 4 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- Perwarna merah, kuning dan hijau
BAHAN UNTUK KUAH:
- 150 puri durian
- 1/2 cawan gula pasir
- 3 cawan santan
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, tambahkan air ke dalamnya sambil uli hingga menjadi doh lembut dan boleh dibentuk.
- Bahagikan kepada tiga Bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kuning, merah dan hijau.
- Ambil secubit adunan dan bentukkan bulat-bulat kecil. Lakukan cara yang sama untuk semua warna hingga siap.
- Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan satu satu persatu warna adunan pulut tadi.
- Apabila timbul, angkat menggunakan penapis dan masukkan dalam air sejuk.
- Seterusnya sediakan kuah. Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan gula dan secubit garam.
- Renehkan atas api sederhana, sentiasa kacau hingga santan mereneh.
- Setelah mereneh masukkan puri durian, kacau seketika dan tutup api.
- Campurkan biji-biji pulut tadi dan sedia dihidangkan.
3 Resipi Mudah & Sedap Kuih Biru, Guna Pewarna Dari Bunga Telang

Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa? Boleh cuba 3 resipi kuih biru yang menggunakan bunga telang.
Apa lagi, korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam makanan sebagai pewarna dan tarikan pada kuih ye.
ROTI JALA BUNGA TELANG & KUAH MANIS
BAHAN ROTI JALA:
3 cawan tepung gandum – beli online di sini
2 cawan air
1 cawan air rebusan bunga telang
2 sudu makan minyak sayur
2 biji putih telur
Secubit garam
TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live
KUAH MANIS:
1 ½ cawan santan – beli online di sini
¼ cawan gula – beli online di sini
¼ cawan gula merah – beli online di sini
1 sudu makan tepung gandum + 2 sudu makan air | bancuh
2 helai daun pandan | siat & simpul
Secubit garam
CARA MASAK:
1. Untuk mendapatkan air rebusan bunga telang, rebus 40 kuntum bunga telang bersama 1 cawan air hingga mendidih.
2. Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
3. Satukan kesemua bahan lalu tapis (supaya bancuhan licin dan tidak berketul).
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa
4. Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
6. Masak untuk beberapa minit dan gulung kemas.
7. Untuk membuat kuah manis; satukan semua bahan kuah manis.
8. Didihkan hingga agak pekat dengan api sederhana. Sesuaikan rasanya. Sedia dihidangkan bersama roti jala.
LEMPENG TELANG BERINTI
BAHAN LEMPENG:
20 kuntum bunga telang
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji putih telur
Secubit garam
TONTON Laksa Peranakan – Projek Air Tangan Emas Bersama MAGGI
BAHAN INTI:
2 keping dada ayam | cincang dadu & rebus empuk
2 biji ubi kentang | potong dadu kecil & rebus empuk – beli online di sini
1 labu bawang besar | cincang dadu – beli online di sini
2 sudu makan rempah kari daging – beli online di sini
4 ulas bawang merah | kisar- beli online di sini
3 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini
1 tangkai daun kari
Garam & gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bunga telang bersama 1 cawan air di dalam periuk.
2. Didihkan hingga mengeluarkan warna biru yang menarik.
3. Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan. Satukan semua bahan dan kacau rata.
4. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Tapis bancuhan lempeng.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan (satu bahagian sahaja).
6. Ulangi proses hingga semua bahan habis. Ketepikan.
7. Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
8. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah kari dan daun kari.
9. Tambah sedikit air lalu tumis rempah hingga masak. Masukkan ubi kentang dan ayam rebus.
10. Masak hingga semua bahan masak sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
11. Ambil sekeping lempeng, sendukkan inti dan gulung rapi. Potong mengikut cita rasa.
KASWI TELANG
BAHAN-BAHAN:
5 cawan air rebusan bunga telang | 40 bunga telang & rebus dengan air
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi – beli online di sini
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Kelapa parut | putihnya sahaja + secubit garam halus
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan gula, tepung gandum, tepung ubi, kapur makan dan air rebusan bunga telang.
2. Kacau sebati dan tapis.
3. Sediakan loyang atau acuan kuih pilihan yang telah disapu sedikit minyak lalu tuang bancuhan tadi ke dalamnya.
4. Kukus selama 25 minit atau hingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut di atasnya.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Kuih Bom Bijan Inti Kelapa Manis, Ini Resipi Paling Mudah

Nak buat kuih tradisional memang memerlukan kesabaran. Walaupun ada kala bahan-bahannya tak banyak, tapi kena ada teknik membuatnya supaya sedap dan sama macam mak-mak kita buat dulu. Kuih bom adalah antara kuih tradisional yang masih tetap mempunyai peminatnya sampai sekarang. Nak membuatnya tidak menggunakan banyak bahan. Cuma tekniknya kena betul kerana tekstur kuih bom adalah agak liat. RASA kongsikan caranya.
KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA MANIS
BAHAN UNTUK KULIT
500 gram tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Secubit Garam
Air secukupnya
Bijan putih secukupnya
CARA MEMBUAT KULIT
1. Campur tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat pada bekas.
BAHAN INTI
Kelapa parut
Gula Merah
Gula Pasir
Secubit Garam
Sedikit Air
CARA MEMBUAT INTI
1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
2. Kacau sehingga gula cair.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.
CARA BUAT KUIH BOM
1. Sebelum uli untuk masukkan inti, pastikan tangan dilumur dengan sedikit minyak masak.
2. Ambil doh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan gaulkan dengan bijan.
3. Buka api sederhana besar. Masukkan minyak masak.
4. Apabila minyak sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
5. Selepas kuih bom mula mengembang dan bertukar warna, kacau kuih bom sehingga masak.
TIP UNTUK KUIH TIDAK PECAH
1. Sentiasa kacau.
2. Pastikan minyak masak tidak terlalu panas sebelum masukkan kuih bom.
Resipi oleh Zuhaidar Mohd Sofi dari Telegram KakiMakan