Resipi apam kampung pandan. Guna pati pandan asli semerbak harum baunya. Boleh makan dengan kelapa parut. Tapi ada juga yang makan dengan sambal. Terpulang pada selera masing-masing ye.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Noor Baini Bakar ini (Sumber: Lubuk Resipi). Selamat mencuba. Masak malam ni, esok pagi boleh makan seisi keluarga.
Satukan bahan-bahan untuk apam. Gaul sehingga sebati. Kemudian perap selama 1 jam ½.
Kemudian tuang adunan 3/4 ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 15 minit utk acuan kecil,utk acuan besar kukus 45 minit atau sehingga masak.
Ads
Sejukkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!
Bingka pandan kuih yang enak dan mudah membuatnya. Rasanya lemak-lemak manis memang mengasyikkan. Ada sesetengah bingka ini dilihat warnanya kehijauan kerana ia dicampur dengan sedikit pewarna. Untuk kekalkan aroma pandan, sebaiknya tidak menggunakan pewarna.
Perkongsian resipi oleh Amie Samuri buat penggemar kuih ini. Bingka Pandan ni memang selalu dapat permintaan anak-anak. Memang sedap lembut, cair di mulut. Recomended pada yang nak buat makan-makan, morning coffee hi-tea dan sebagainya.
Bingka Pandan
Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 3 cawan santan (saya guna 2 kotak kecil santan dan bancuh dengan air jadi 3 cawan) 1 cawan air pandan 3 biji telur 1 cawan gula Secubit garam 2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak
Cara-cara:
1.Blend semua bahan dan masukkan dalam loyang.
2.Bijan untuk taburan atas bingka.
3.Bakar pada suhu 180 selama 1 jam atau hingga masak. Bijan saya tabur masa 10 minit pertama.
Kredit : Amie Samuri
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Lempeng adalah salah satu masakan yang lazim dihidang ketika sarapan. Bagi masyarakat Melayu, lempeng dimakan dengan sambal sebagai pencecah. Memang sedap apatah lagi kalau lempeng itu lembut teksturnya.
Melalui facebook, Yasmin Fami memberikan resipi bancuhan adunan lempeng menggunakan tiga bahan. Resipi ini menjadikan lempeng lebih lembut dan sangat sedap sehingga menjadi kegemaran anaknya.
LEMPENG 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
Air panas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung gandum, telur ayam dan air panas.
2. Bancuh agak cair supaya lebih cantik lempeng itu.
3. Letak sedikit perencah Maggi Cukup Rasa jika suka.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Tuang 1 senduk bancuhan tepung tadi. Biarkan masak dan terbalikkan.
6. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.
7. Siap dihidang dengan sambal tumis ikan bilis, madu, atau mentega yang disukai.
Salah satu kuih tradisi daripada negeri Pantai Timur adalah belebat ubi. Rasanya yang lemak manis memang enak. Cuma sekarang kuih ini semakin jarang dijual atau dibuat. Supaya tak hilang ditelan zaman, elok kiranya kita belajar cara membuatnya.
Cara buat kuih belebat ubi
Bahan-bahan
Ubi keledek oren/ unggu -dipotong dadu
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan (1 kotak santan bersama 3 cawan air)
1 kotak santan segera
3 cawan air
2 sudu minyak
3/4 cawan gula
Secubit garam
Daun pisang
Cara memasak
1. Terlebih dahulu kukus keledek yang dipotong dadu hingga empuk. Ketepikan.
2. Kemudian di dalam periuk satukan tepung beras, santan yang dicampur dengan 3 cawan air. Masukkan sekali gula dan garam. Masak menggunakan api perlahan hingga pekat.
3. Adunan hendaklah selalu dikacau supaya tidak berketul.
4. Selepas adunan pekat, tutup api. Masukkan ubi yang dikukus tadi dan kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam daun pisang dan bungkus. Kukus selama 10 minit kemudian tutup api. Sedia dihidangkan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.