Resipi Apam Kampung Yang Sedap & Mudah Dibuat

Share

Kuih Apam merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba. Bolehlah nikmati untuk minum petang atau sarapan esok.

1. APAM GULA HANGUS

 

BAHAN-BAHAN

  • 190gm gula pasir
  • 180gm air
  • 1/2 sudu teh esen vanilla – beli online DISINI
  • 2 biji telur gred A
  • 10gm mentega atau majerin – beli online DISINI
  • 100gm minyak masak
  • 20gm susu pekat manis – beli online DISINI
  • 190gm tepung gandum – beli online DISINI
  • 1 sudu teh soda bikarbonat – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

  1. Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
  2. Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
  3. Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
  5. Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
  6. Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
  7. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

 

Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.

2. APAM MEKAR AIS KRIM SODA

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur gred A
  • 290gm gula pasir – beli online DISINI
  • 1sudu teh ovalete – beli online DISINI
  • 240gm ais krim soda
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna pink atau pewarna yang disukai

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
  2. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
  4. Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
  6. Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4 penuh.
  7. Kukus dengan api besar selama 12 minit.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.

3. APAM PISANG

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji pisang berangan – potong kecil
  • 3/4 cawan gula – jika suka manis, guna 1 cawan
  • 2 biji telur gred B
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder – beli online DISINI
  • 2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Acuan hijau kuih putri ayu secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan pisang, gula, telur, soda bikarbonat, baking powder, tepung gandum dan garam ke dalam pengisar. Kisar selama 1 minit.
  2. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya smeua bahan sebati.
  3. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau loyang.
  4. Kukus selama 5 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau loyang, waktu memasak perlu ditambah.
  5. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Achik Ita Jsd Kelantan

4. APAM NASI

 

BAHAN KISAR:

  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula

BAHAN AYAK:

  • 3 cawan tepung beras – beli online DISINI
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 peket yis mauripan 11g – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
  2. Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.

Kredit resipi & foto: Nurul Atika Moktar

 

Anda mencari PENGUKUS? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma