Enaknya jika dapat menikmati apam pisang panas-panas dihidangkan bersama teh o panas sebagai minum petang. Boleh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian Mas Cotek ini. Selamat mencuba!

RESIPI APAM PISANG DAUN RAMBAI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan pisang (lenyek baru sukat)
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar margerin/butter
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • Daun rambai/daun pisang secukupnya untuk membungkus

 

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar pisang, soda bikarbonat, cream of tartar, gula dan margerin.

IKLAN

2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas besar, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.

3. Sapu daun rambai dengan sedikit minyak.

4. Ambil 2 sudu besar adunan, masukkan ke dalam daun dan bungkus kemas (bungkus seperti nasi lemak @ pulut inti).

5. Kukus selama 15 minit.

 

6. Siap.

 

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh cari DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: MAS COTEK

 

Artikel menarik yang boleh anda baca:

Comelnya Apam Cornetto Ini. Nak Makan Pun Rasa Sayang!

Apam Susu & Apam Susu Cheese Lemak Terasa

Cara Buat Apam Suri Yang Sedap Dan Gebu

 

Resipi yang boleh anda cuba di rumah: