Kalau ada pisang di rumah dan masih tercari-cari menu untuk hidangan makan petang, boleh cuba resipi apam pisang mini yang super mudah dan sedap ini.
Hanya gunakan pengisar, resipi daripada AtiQah Aziz ini memang nampak lembut dan ‘moist’ je.
Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG MINI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini
1 cawan gula – beli online di sini
1 cawan minyak masak – beli online di sini
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna pengisar, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit).
2. Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang ½ minit.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.
4. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan.
7. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Kredit resipi & foto: AtiQah Aziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: