Resipi Apam Pisang Gebu perkongsian saudari AtiQah Aziz ni memang Nampak sedap dan ‘moist’ sungguh! Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG GEBU BAMBAM GUNA BLENDER JE
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna blender, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan.
Ads
6. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Ni bukan lenggang sebarang lenggang, tapi melenggang nak masak apam di dapur, hehehe.Apam ni bahan-bahannya ringkas aje, tapi sebab nipisnya ala crepe memang ranguplah sikit.
Rasa santan berlemak perggh sedap makan dicicah sambal ikan bilis atau gulai. Jom kita cuba buat apam lenggang dari Sue Shu ni
APAM LENGGANG
.
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu yis
5-6 sudu gula | Ikut kemanisan disukai
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur *tak letak pun tak apa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali santan.Gaul rata dan perap selama 1-2 jam.
2. Kemudian baru masukkan santan dan gaul lagi. 3. Panaskan kuali,.griskan sedikit minyak
4. Jika guna kuali non stick tak perlu gris minyak
5. Ambil satu senduk adunan dan lenggangkan adunan seperti membuat kuih ketayap (gerakkan kuali). Tutup adunan supaya masak rata
.
6. Masak dengan api yang perlahan, bila dah nampak kekuningan bolehlah digulung atau dilipat ikut kesukaan masing-masing.
Cuti sehari ni kalau korang tak ke mana-mana mohlah kita cuba buat kuih lagend ni, Seri Muka Pandan. Memang sedap dan tak pernah jemu makan, kalau korang bosan dalam loyang buat dalam bekas plastik tahan panas yang kecil-kecil, lagi senang nak simpan dalam peti sejuk, bila nak makan keluarkan sikit-sikit. Yang lain tak perlu diusik tinggal untuk simpan beberapa hari makan bila teringin. Jimatkan tak payah beli-beli.
SERI MUKA PANDAN BAHAN-BAHAN: LAPISAN PULUT:
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu teh minyak
Sedikit garam
BAHAN LAPISAN ATAS
10helai daun pandan
3 cawan santan | kisar dengan daun pandan
1 cawan gula pasir
1 biji telur gred A
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastar
1/4 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Cuci pulut dan rendamkan selama 2 jam.
Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang yang sudah digris minyak alas plastik.
Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Jika menggunakan bekas plastik sebagai acuan sapukan bekas dengan minyak.
Kukus selama 30minit atau sehingga pulut masak.
Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan-bahan untuk lapisan bawah.
Setelah pulut masak, tekankan pulut sehingga padat.
Sediakan pula bahagian atas, satukan santan dengan daun pandan, kisar dan tapis.
Kemudian campurkan campuran santan daun pandan tadi dengan gula, dan telur ke dalam blender dan kisarkan lagi.
Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pewarna. Kisar lagi sampai sebati.
Kemudian masukkan adunan yang telah diblender ke dalam periuk atau kuali.
Masakkan sebentar adunan dengan api perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap.
Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang pulut tadi, atau bekas plastik kecil tadi dan kukus lagi selama 15-20 minit dengan api sederhana.
Kuih Lepat Ubi Kayu adalah antara kuih tradisional yang sangat digemari ramai. Tidak kira tua atau muda, semua sukakan rasanya. Kuih Lepat Ubi Kayu ni tidak susah pun cara pembuatannya. Nak cuba? Saudari Ruzana Ramli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!