Resipi Apam Solo Sedap Untuk Hidangan Rumah Terbuka

Share

Resipi apam solo ini sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tak kira waktu pagi atau petang. Boleh buat dalam kuantiti yang banyak.

Ikut saja resipi yang diberikan oleh puan Haslindawati Omar ini. Resipi ini menggunakan acuan lompang kecil lebih kurang 55 pcs/Cup kertas paling kecil)

Resipi Apam Solo

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum cap ros

2 cawan tepung beras cap teratai

1 1/2 cawan gula – boleh beli online di sini

1 paket yis saf (11gram)

3 1/2 cawan air

1/4 cawan minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Inti:

Apa-apa jenis mengikut kesukaan masing-masing (Saya letak jem strawberi)

Cara Memasak:

Gaul semua dan perap selama 1 jam lebih. Acuan tak payah sapu minyak ya. Nanti naik senget-senget.

Letak cup kertas dalam acuan lompang

( letak cup kertas elak inti melekat kat acuan).

Kacau adunan yang diperam tadi pastu bahagikan kalau nak buat warna-warni.

Masukkan adunan separuh acuan lompang. Picitkan inti.

Selepas tu tuang adunan penuh acuan menutupi inti. Corakkan ikut kreativiti anda.

Kukus api sedang 10 minit. Balut penutup periuk kukusan ya. Siap

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa