Sesuai dinikmati sewaktu sarapan, minum petang atau dijadikan buah tangan ketika berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 180gm gula
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 200ml susu segar
- 1 sudu teh ovalette
- Pewarna makanan merah, kuning dan hijau
- Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul telur, ovalette dan gula sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
- Tambahkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu segar. Kaup balikkan sehingga semua bahan sekata.
- Ambil 5 sudu makan adunan dan bahagikan adunan selebihnya kepada tiga bahagian. Warnakan dengan warna kuning, merah dan hijau.
- Paipkan adunan merah sehingga memenuhi 3/4 acuan cawan kertas. Paipkan juga sedikit adunan berwarna putih di tengahnya.
- Akhir sekali, paipkan adunan hijau hingga penuh acuan. Lorekkan dengan pewarna hijau di permukaannya. Ulang langkah yang sama untuk adunan berwarna kuning.
- Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 15 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Tambahkan bijan hitam bagi mendapatkan rupa seakan biji tembikai