Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Tokyo. Ia juga dikenali dengan nama Apam Manja. Nak cuba? Ini resipinya.
APAM TOKYO/MANJA
BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:
1 cawan tepung gandum – diayak
1/2 sudu teh serbuk penaik – diayak bersama tepung
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan marjerin cair
Secubit garam
BAHAN INTI KASTARD PANDAN:
Ads
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan air pati pandan pekat
1 cawan santan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan didalam periuk atau kuali.
2. Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat.
3. Padamkan api dan sejukkan inti.
4. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.
6. Sendukkan adunan ke atas kuali tidak lekat dan sudukan inti dengan secukupnya.
7. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.
8. Sedia untuk dinikmati.
Ads
Apam Tokyo ni juga sedap jika menggunakan inti Kastard dan Kaya.
BAHAN UNTUK INTI KASTARD:
1/2 cawan tepung gandum – diayak
1 sudu makan tepung kastard – diayak
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu kotak/cair
1 sudu teh pewarna
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan diatas di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Masak guna api sederhana besar dan masak hingga likat.
Ads
BAHAN INTI KAYA:
60gm gula
125ml air panas
1 sudu makan tepung jagung
170gm gula
300ml santan
3 biji telur
Daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak gula menjadi gula hangus. Masukkan air panas.
Satukan semua bahan lain dan bancuh hingga larut.
Tuang abncuhan ke dalam periuk berisi gula hangus. Masak sehingga likat.
Jika nak hasilkan kaya yang seperti yang dijual di kedai, bila dah masak, kisar seketika. Hasilnya memang cantik licin.
Info: Inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Boleh juga menggunakan coklat.
Kata orang kalau nak makan puas kenalah buat sendiri, bukan sahaja puas makan tapi puas hati dan berbaloi. Lagi pun resipi dan cara membuatnya sangat mudah. Korang bolehlah cuba untuk tambah menu berbuka nanti, gerenti anak-anak suka menikmati apam yang gebu dan lemak manis ni. Resipi boleh follow je di sini.
APAM JAGUNG SUSU SAJI BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandung
1 sudu makan yis
4 sudu makan gula | tambah gula jika ingin lebih manis
3/4 cawab air
3 sudu makan susu saji perisa jagung.
CARA MEMBUAT:
Campurkan tepung, yis gula dan air, kacau sebati.
Kemudian tambahkan susu saji perisa jagung, kacau lagi hingga sebati.
Perap sampai kembang (15-20 minit), kemudian kacau semula.
Sapukan acuan dengan minyak, kemudian tuangkan adunan dalam acuan separuh acuan sahaja.
Biarkan kembang, sementara itu panaskan pengukus.
Setelah kembang semula, baru kukus.
Kukus 10-15 minit. Jika menggunakan loyang kukus hingga 40 minit.
Kuih tepung pasung atau kuih serunai ni sangat popular di pantai timur samada di Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Bagi yang kurang mengenalinya ia dibuat daripada tepung beras, tepung gandum, gula Melaka @nisang, santan , tepung ubi dan dimasak berbalutkan kelongsong yang dibuat daripada daun pisang.
Sesuai dihidang sebagai sajian pagi atau petang. Wariskan kepada generasi anak muda, biar anak cucu kita dapat terus menikmatinya. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Tahrunnisah Jali ni
Tepung Pasung
.
Sediakan dahulu kelongsong daun pisang.. ukuran 14cm X 14cm.. layur atas api n baru buat bentuk kon mcm dalam video… pastikan bahagian bahawa kelongsong tu tertutup rapat sbb nanti nak masuk adunan taklah bocor nanti.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Bahagian Bawah 2 sudu besar gula*
1 1/2 ketul nisan atau kalau takde boleh guna gula melaka *
1 2/3 cawan air (350ml)*
1 helai daun pandan disimpul*
40 gm tpg beras
20 gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
CARA MEMASAK : Bahagian bawah : 1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. biarkan sejuk
2. Campurkan ke dlm adunan air gula, tpg beras, tpg ubi dan air kapur dan kacau sebati
3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental). tutup api
Bahan Bahagian Atas 1 1/2 cawan santan pekat
2 1/2 sudu besar tpg beras
1 sudu besar tpg gandum
1 sudu kecil garam (anggaran)
1 sudu kecil gula
.
CARA MEMASAK : Bahagian atas : 1. Campur kesemua bahan diatas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental. 2. Dah siap dua2 bahan ni… Kukusan dah dipanaskan kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dlm lubang2 kukusan.. masukkan adunan bawah 3/4 penuh . kukus dlm 7 minit atau hingga ia masak 3. Dan masukkan pula bahagian atas dan kukus dlm 12-15 minit
Kalau korang suka makan kuih tradisional, mesti korang akan suka jugak makan sekaya telur. Kuih simple tapi sedap ni boleh dijadikan juadah berbuka puasa yang amat menyelerakan. Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR
Bahan-bahan
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.