Perkongsian resipi atas talian ( online ) menerusi laman sosial ini memang sangat ‘berhantu’. Kenapa admin cakap berhantu? Mana tak nya, sangat banyak resipi-resipi menarik serta mudah yang boleh dicuba sehinggakan ada sesetengah darinya menjadi tular. Semua orang nak cuba buat dan ‘post’ hasil masakan masing-masing. Ada yang menjadi elok, dan ada yang sebaliknya. Malah, perkongsian sebegini juga memperkenalkan kita dengan kawan-kawan alam maya yang baru serta menambah ilmu masakan.
Minggu ini resipi paling hangat di grup-grup masakan adalah APAM 3 BAHAN. Hanya guna tiga bahan mudah, anda boleh hasilkan apam yang enak dan gebu. Nak cuba buat juga? Jom lihat resipi perkongsian saudara Al Mizan Ibrahim ini.
APAM 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan telur ( lebih kurang 3 biji)
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dan gula hingga kembang. ( boleh guna blender).
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun sebati. ( jika suka apam berwarna, boleh warnakan ikut warna kegemaran.)
- Sapu sedikit minyak pada acuan. Tuang adunan apam.
- Kukus lebih kurang 20 minit. Sedia untuk dinikmati.
Nota:
- Setelah kukus selama 20 minit, cuba check apam. Jika tengah masih belum masak, kukus lagi hingga masak sekata.
- Bagi mengelakkan air menitis diatas apam, tutup permukaan acuan menggunakan plastik. Kemudian, tutup penutup kukusan menggunakan kain juga. Barulah air tidak menitis.
INFO RASA:
- Sebaiknya pukul telur dan guna menggunakan mixer & bukan blender.
- Guna telur ayam segar bersaiz A.
- Tepung perlu diayak terlebih dahulu.
Kredit resipi & foto: Al Mizan Ibrahim.
CUBA JUGA:
Suka Makan Karipap Sardin? Ini Cara-Cara Menyediakan Intinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI