Resipi Asam Laksa Tersohor! Pedas, Masam, Sedap Tak Hengat!

Share

Sesekali tekak terasa nak makan sesuatu juadah, pastinya anda mengharapkan rasa makanan tu betul-betul sedap. Jika sebaliknya, memanglah kecewa. Khas buat para peminat Asam Laksa, RASA kongsikan resipi mudah & sedap yang anda wajib cuba. Kuah dia, perghhh…syok hirup sampai lompat bintang! Jom cuba.

 

ASAM LAKSA POWER

BAHAN A:

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 2 liter air
  • 5 keping asam gelugur
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 batang serai | diketuk
  • 10 tangkai cili kering  | dikisar
  • 5 ulas bawang merah | dikisar
  • 1 inci belacan | dikisar
  • 2 sudu makan pati asam jawa
  • 3 kuntum bunga kantan | belah 4
  • 10 tangkai daun kesum
  • Garam secukup rasa

BAHAN B:

  • 1kg laksa basah | dicelur
  • 2 biji bawang besar  | dihiris
  • 1 batang timun  | dihiris
  • 1/2 biji nanas   | dihiris
  • 5 biji cili merah | dihiris
  • 5 biji limau nipis | dibelah 2
  • 10 tangkai daun pudina
  • 10 butir telur rebus | dibelah 2

 

CARA MEMASAK:

  1. Ikan sardin dihancurkan dengan garpu. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis serai dan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan air , sardin, jus asam jawa, asam gelugur, bunga kantan, dan garam.
  4. Bila mendidih masukkan daun kesum dan perlahankan api. Masakkan sehingga agak pekat.
  5. Rebus laksa sehingga lembut dan tos kan.
  6. Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah.
  7. Taburkan hirisan sayur/ulaman dan telur. Hidangkan.

INFO CHEF: Jika suka hidangkan dengan petis (otak udang) yang dicairkan dengan sedikit air panas.

 

Published by
Nur