Menu Asam Pedas Daging Tetel ni memang jadi kegemaran ramai. Padanannya cukup mudah. Nasi putih ditambah dengan telur masin dan sambal belacan, sudah cukup untuk ‘mengoncang’ selera makan. Bagi anda yang nak masak untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Umi Watie ni sangat sesuai dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK ASAM PEDAS DAGING TETEL ALA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500gm tetelan / daging tetel
1 batang serai – diketuk
1 sudu makan kerisik – beli online disini
Asam jawa sebesar bola pinpong – bancuh dengan sedikit air – beli online disini
2 liter air
Tomato
Daun limau purut
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang merah – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
15 tangkai cili kering – beli online disini
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 sudu teh lada hitam – beli online disini
1 sudu teh jintan manis – beli online disini
1 sudu teh jintan putih – beli online disini
1 sudu teh ketumbar – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar bersama serai sampai semua bahan garing dan pecah minyak. Guna api kecil sahaja.
2. Masukkan daging tetel yang telah dicuci bersih.
3. Bila daging tetel sudah nampak layu dan kecut, masukkan air asam jawa. Masukkan juga air. Biarkan mereneh sampai daging tetel empuk.
5. Seterusnya masukkan hirisan tomato ikut selera.
6. Masukkan juga daun limau purut dengan secukupnya. Kacau semua, perasakan dengan garam dengan secukupnya.
7. Biarkan mereneh 5 minit dah boleh matikan api. Asam Pedas Daging Tetel sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official