Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom try resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS TETEL
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
1 sudu kecil lada hitam*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(saya guna sikit je. tak suka manis sangat)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai – ketuk
CARA MEMASAK:
Ads
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas hingga cili lembut..
Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
Masukkan daging tetel. Masak sehingga air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam serta gula melaka secukupnya. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Nasi daging dimasak dengan bahan tumis yang membangkitkan aroma dan menggunakan air rebusan daging itu. Tidak lengkap nasi daging tanpa air asam. Paduan keduanya memberi rasa yang mantap.
Bahan-bahan:
Daging (potong basuh dan rebus sampai lembut. Nak senang kalau tak ada pressure cooker rebus dalam periuk nasi . Sejam setengah dah lembut)
3 cawan beras basmathi (basuh rendam setengah jam dan toss. Kalau beras biasa tak perlu rendam. Basuh dan tos sahaja.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
(3 bahan ini dimayang halus)
1 biji tomato -dadukan
daun pandan- simpulkan
2 sudu rempah kurma
1 sudu rempah kari daging
(bancuh kedua-dua rempah itu jadikan pes)
1 cawan susu cair
4 sekawan
2 sudu besar minyak sapi /mentega
Cara memasak:
1.Panaskan minyak sapi@mentega. Tumis 4 sekawan diikuti bawang-bawang, daun pandan, halia dan tomato.Biar kekuningan.
2.Masukkn pes rempah tadi. Kacau agar tak hangit.Biar sampai pecah minyak.
3.Masukkan beras dan gaul sebati dengan bahan-bahan tumis.
4.Masukkan air rebusan daging bersama daging. Pastikan paras air lebih 1 inci dari paras beras.
5.Masukkan susu cair, garam dan bahan perasa. Gaul sebati. Tutup periuk dan masak nasi macam biasa.
6.Siap untuk dihidang.
Air asam kerisek Bahan-bahan:
Segenggam cili api
2 biji cili besar merah
2 inci belacan
Separuh labu bawang besar
Separuh buah tomato
Cara buat:
1.Kisar semua bahan tadi.
2.Gaul bahan kisar bersama. (tomato ,bawang besar , cili api yang diracik halus. 3.Campur 2 sudu kerisek.
4.Letak Air asam (ikut citarasa nak cair atau pekat)
5.Masukkn garam dan gula. Sesuaikn rasa.
Daging lembu bukan sekadar dagingnya aje sedap dibuat lauk. Tapi bahagian lemak tetel, ekor, rusuk, perut dan lain-lain lagi ummph rasanya.Ni min kongsikan 4 lauk pauk tradisional berasaskan bahagian tadi.
Ni cuti hujung minggu kita ceriakan family dengan masakan special nih..
1. DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
600 gm daging tetel lembu
4 batang serai | dititik
1 liter santan
200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
3 asam keping
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
300 gm bawang merah
100 gm kunyit hidup
200 gm cili padi
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan air sehinga mendidih. 3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung. 4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan. 5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih. 6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa. 7. Lauk sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak Anggaran kos :RM 23
INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.
2. DALCA TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN :
1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
300 gm kacang dhall | direndam dahulu
30 gm halba campur
5 gm daun kari
500 ml santan
200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
200 gm halia
Bahan sayur-sayuran :
300 gm lobak merah | dipotong kecil
200 gm kacang panjang | dipotong
5 biji ubi kentang | dibelah baji
300 gm kubis bunga
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau. 2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak. 3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air. 4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala 7. Sajian sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.
3. ASAM PEDAS EKOR
BAHAN-BAHAN:
300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu
100 gm bawang merah |kisar
100 m kunyit Hidup |kisar
100 gm cili kering |kisar
50 gm bawang putih |kisar
50 gm lengkuas |kisar
2 batang serai |kisar
1 batang Bunga Kantan
4 tangkai Daun kesum
5 biji tomato
200 ml Asam Jawa
50 gm Belacan |Dibakar
30 gm Serbuk Jintan Putih
30 gm Serbuk Jintan Manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi 2. Kemudian masukkan cili kering dan serai 3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut 4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan 5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato
Jumlah hidangan : 5-6 orang. Masa memasak : 20 minit. Cara memasak :Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk Pauk Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi Anggaran Kos : RM20
4. PERUT MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
500 gm Perut Lembu
10 gm Kicap Pekat
20 gm Serbuk Kari
20 gm Serbuk Jintan Putih
20 gm Serbuk Jintan Manis
20 gm Serbuk Ketumbar
50 gm Bawang Besar
30 gm Bawang Merah
10 gm Bawang Putih
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
4 biji Buah Pelaga
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT: 1. Tumis bawang merah, bawang besar dan juga bawang putih. 2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan juga buah pelaga 3. Masukkan rempah kari,ketumbar dan juga jintan 4. Setelah bangkit bau masukkkan kicap pekat danjuga perut lembu 5. Renihkan hingga perut lembut dan hidangkan
Jumlah hidangan : 5-6 orang. Masa memasak : 30 minit. Cara memasak Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk Pauk Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit Anggaran Kos : RM30
Dah jemu makan aneka menu raya? Puan-puan boleh cuba menu Daging Paprika Cendawan ni pula. Menu yang lain dari kebiasaan ni pasti boleh buat anak-anak dan suami lebih berselera. Selamat mencuba!
DAGING PAPRIKA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris, cuci dan tos
150gm cendawan shitake
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau |hiris
1sudu makan paprika
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk oregano
1 biji bawang besar |hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.
Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.