Resipi Asam Pedas Daging Tetel Paling Sedap & Mengancam. Wajib Cuba!
Mei 23, 2018
Share
Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom try resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria
ni. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
1 sudu kecil lada hitam*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(saya guna sikit je. tak suka manis sangat)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai – ketuk
CARA MEMASAK:
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas hingga cili lembut..
Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
Masukkan daging tetel. Masak sehingga air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam serta gula melaka secukupnya. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.