Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom try resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS TETEL
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
1 sudu kecil lada hitam*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(saya guna sikit je. tak suka manis sangat)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai – ketuk
Ads
Daging tetel yang belum dimasak. Foto: http://bukuresepiana.blogspot.my
CARA MEMASAK:
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas hingga cili lembut..
Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
Masukkan daging tetel. Masak sehingga air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam serta gula melaka secukupnya. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Pernah cuba resipi Daging Singgang yang ditambah budu? Jika tak pernah, anda memang kena cuba. Sedap! Padanannya mudah sahaja. Nasi panas, singgang daging dan ulam-ulaman sahaja. Itu sudah boleh membuka selera. Cubalah! Anda pasti kagum dengan rasanya.
SINGGANG DAGING BUDU
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging | rebus hingga empuk
2 inci kunyit hidup | hiris nipis
2 inci lengkuas | hiris nipis
1 batang serai | titik
10 tangkai cili padi
1 biji bawang besar | belah enam
400ml air
1 biji tomato | belah empat
2 sudu makan budu
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kunyit, lengkuas, serai, cili padi, bawang besar.
Kemudian masukkan daging yang telah direbus. Biar ia mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika dan tutup api.
Masukkan budu untuk memberikan aroma yang lebih enak.
Sedia dinikmati bersama nasi putih.
INFO CHEF: Jika masukkan budu, berhati-hati sebelum masukkan garam kerana budu sudah masin. Andai kurang menggemari budu, boleh diabaikan penggunaannya.
Sedapnya Telur Daging ni. Bagi yang nak makan sedap tapi tak nak makan nasi, sesuai sangatlah masak menu ni. Bahan asasnya cukup mudah malah tidak renyah. Makan sekeping pun dah kenyang. Jadi jom lah kita cuba resipi perkongsian saudari Siti Annallyssa. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang Holland. Tumis lagi.
3. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukupnya.
4. Kemudian masukkan daging kisar. Tumis lagi hingga daging masak. Angkat.
5. Dalam bekas, pecahkan telur. Masukkan bahan-bahan tumis tadi.
6. Taburkan daun bawang dan chili flakes. Gaul sebati.
7. Panaskan kuali, tuang campuran tadi, bentukkan bulat.
8. Bila dah masak sebelah, balikkan. Biar masak sepenuhya.
9.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Telur Daging ini juga boleh dimakan dengan roti burger.
Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sememangnya sedap dan mengekalkan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Dihidangkan pula panas-panas dari dapur. Kepada anda penggemar masakan Cina, berikut RASA bawakan Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam yang berbesar hati untuk berkongsi lima menu istimewa masakan Cina yang sedap untuk anda cuba sendiri di rumah.
AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam | bersihkan, potong kecil
Air secukupnya | untuk rebus
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200gm halia muda
75gm cuka putih
100gm gula
30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50gm tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK
Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging rusa
150gm daun bawang | hiris
50gm hirisan halia
30gm bawang putih | cincang
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
BAHAN B
20gm serbuk ayam
10gm kicap
10gm sos tiram
5gm gula
10gm kicap pekat
CARA MEMASAK:
Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
600gm udang | bersihkan
5gm daun kari
2 biji cili padi | cincang
2 biji kuning telur masin
150gm planta
10gm serbuk ayam
5gm gula
50gm susu cair
Minyak masak secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
Sedia dinikmati.
HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
700gm Hong Kong Cyoh Sam
200gm isi ayam | kisar
50gm cendawan | hiris
50gm bawang putih | cincang
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap manis
Sedikit serbuk ayam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!