Bagi penggemar sajian Asam Pedas, menu di bawah ni wajib anda cuba. Pedas, masam memang cukup perasa! Bagi yang belum ada idea nak masak apa hari ni, ha…cubalah buat Asam Pedas Daun Kesum Ikan Pari. Pasti puas hati.

 

Ads

ASAM PEDAS DAUN KESUM IKAN PARI

 

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 500gm ikan pari ]bersihkan
  • 10 biji bendi | bersihkan dan buang bahagian bawahnya
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 5 tangkai daun kesum
  • 100ml air asam jawa
  • 700ml air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam/serbuk perasa secukupnya

BAHAN (KISAR):

  • 20 biji cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 5cm belacan

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
  2. Masukkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan pula kacang bendi, daun kesum, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sekitar tiga minit.
  4. Masukkan pula ikan pari dan biar ia masak dan kuah mereneh.
  5. Tutup api dan masukkan buah tomato.
  6. Angkat dan sedia dinikmati

Resipi Asam Pedas Daun Kesum Ikan Pari Paling Kaw, Mudah & Sedap!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI