Asam pedas ikan kembung lemak sedapnya memang lain macam. Bagi yang nak mencuba boleh guna resipi perkongsian Nazz Mernas.
Cara memasak asam pedas ini mengikut citarasa arwah ayahnya yang berasal dari Johor. Seminggu sekali pasti hidangan ini ada di atas meja.
Turut berkongsi tip agar asam pedas makin sedap katanya cili perlu ditumis lama hingga betul-betul masak.
Ikan kembung lemak
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – diketuk
2 senduk cili kisar
2. Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
3. Bila sudah mendidih, boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Gunakan api sederhana sampai didih dan ikan masak.
4. Akhir sekali letak garam secukupnya, boleh letak perasa jika suka.
Sumber: Nazz Mernas