Hidangan Nasi 3 Budak Gemuk ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia. Ada pula sambal padu dan telur dadar goreng, waduh…Kecur liur dibuatnya. Menerusi perkongsian saudari Siti Noor Hidayah Samah, beliau telah berkongsi resipi Ayam Kicap Pedas dan Sambal Gesek ala 3 Budak Gemuk yang boleh anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK NASI ALA 3 BUDAK GEMUK
AYAM KICAP PEDAS ALA 3 BUDAK GEMUK
Ads
BAHAN-BAHAN: Ayam secukupnya- potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam 2 tangkai daun kari 2 batang serai – ketuk 3 sudu makan sos tiram – beli online disini Kicap manis secukupnya – beli online disini Garam secukup rasa Air asam jawa – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Ketepikan. 2. Panaskan minyak sekali lagi dan tumis bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan daun kari dan serai kemudian kacau rata. 4. Masukkan sos tiram diikuti kicap manis dengan secukupnya. 5. Seterusnya masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi diikuti air asam jawa dan secubit garam. 6. Kacau sekejap dan biar rencah mesra dengan ayam. 7. Tutup api dapur dan sedia dihidang.
SAMBAL GESEK
BAHAN-BAHAN: Cili padi merah – kisar halus Cili padi hijau – kisar halus Cili besar merah – kisar halus 1 biji bawang besar – kisar halus 2 ulas bawang putih – kisar halus Jus limau nipis Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga sedikit kering. Sukatan cili boleh agak-agak sendiri ikut tahap kepedasan masing-masing. 2. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan reneh sekejap. 4. Tutup api dapur dan sedia dihidang bersama Ayam Kicap Pedas.
Minum petang apa ye untuk hari ini. Bila semua ada di rumah hidang apa pun pada ahli keluarga pasti habis. Jom kita buat apam susu jagung, paling mudah tak payah makan dengan kelapa pun dah sedap.
Apam susu jagung
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
Lebih kurang 3/4 cawan air suam
3 sudu makan susu jagung (saya guna brand Saji perisa jagung)
1 sudu makan yis -BELI ONLINE DI SINI
5 sudu makan gula pasir
Cara memasak:
1.Campur semua bahan.
2.Pukul sebati.
3.Perap hingga kembang.
4.Dah kembang,kacau balik pukul sekejap.
5.Masukkan dalam acuan.
6.Pengukus panaskan dulu.
7.Kukus apam dalam masa 12 hingga 15 minit.
Kredit:Badariah Abdrahman
Sarapan pagi dengan soto dan laksa memang ‘terangkat’ Sajian kaya rempah dan berperisa ni memang ‘favorite’ zaman berzaman-zaman . Iya kan sajian warisan orang lama.
Bila dah makan sarapan barulah bersemangat nak kerja … jom semak empat resipi ni
1. SOTO AYAM BLC
Bahan bahan:
1 ekor ayam – potong 4
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk lada putih
Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
2 sm kayu manis
Bahan untuk menumis/dihiris:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
Bahan untuk menumis/dikisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu teh lada hitam
Bahan sambal cili kicap :
Segenggam cili padi / ditumbuk
2 ulas bawang putih/ditumbuk
Kicap lemak manis ikut suka
1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya) (Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),
Cara memasak : 1. Panaskan minyak dalam periuk. 2.Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau. 3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul seketika. 4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. 5. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 6. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam. 7. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur. 8. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik. 9. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis, didih dn reneh Jenis masakan : Sarapan pagi atau sajian petang Keistimewaan : Sajian yang amat mengenyangkan, nasi impit dan bahan tambahan menjadikan ia makanan kegemaran.
INFO CHEF: Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
2. LAKSA JOHOR
Bahan-bahan :
400 gm satu paket spageti
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
1 kg ikan kembung /direbus dan ambil isi
500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
3 keping ikan kurau masin
5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
8 keping asam gelugor
3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
1 sudu makan gula melaka
1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 sm halia
4 sm lengkuas
2 sm kunyit hidup
3 sm belacan
9 sudu makan biji ketumbar
3 sudu makan biji jintan putih
3 sudu makan jintan putih
2 biji buah keras
4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
Limau kasturi/dipotong untuk diperah
Taugeh
Daun kesum atau daun selasih
Timun
Sambal belacan
Bawang besar /dipotong bulat
Kacang panjang
Lobak asin
Cara memasak : 1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan 2. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan. 3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi. 4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata. 5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. 6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut. 7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. 8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi. 9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan. 10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi..
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Laksa dan spageti Keistimewaan :Laksa Johor menggunakan spageti, pengaruh barat dalam sajian
INFO CHEF :Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
3. SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN
BAHAN-BAHAN :
2 ekor sardin segar / asingkan isi dari tulang
1 biji bawang besar/dikisar
3 ulas bawang putih/ dikisar
1 sudu makan lada hitam/ditumbuk
Minyak untuk menumis
1 ikat kangkung
1 lobak merah/ dipotong jejari
50 gm kubis bunga
350 gm bihun/ direndam dengan air biasa
Air secukupnya
4-5keping keropok mentah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat. 2. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan. 3. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau. 4. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk. 5. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah. 6. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Sajian asal di Terengganu menggunakan mi lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Boleh dimakan begitu sahaja.
4. KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
300 gm cili kering /dibuang cili
150 gm halia /dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih/ diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai, dihiris halus
1/2 cawan minyak masak
2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan/ sudah dimasak
1/4 cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus /lembut
Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan : Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes. 2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana. 3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit. 4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit. 5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi. 6. Biarkan mendidih hingga 10 minit. 7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya 8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas. 9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Didih dan reneh Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
INFO CHEF: Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Gabungan pelbagai sayuran dan ikan masin menghasilkan hidangan ringkas dan penuh nutrisi. Sayur yang digoreng seketika memberi rasa tekstur rangup dan lembut tahu yang enak.
TAUGEH IKAN MASIN BERSAMA TAUHU & DAUN KUCAI
BAHAN-BAHAN:
150gm tauge
1 keping tauhu ] dipotong kecil
3cm isi ikan masin
1 pokok daun kucai ] dipotong 3cm
2 ulas bawang putih ] dihiris
2 ulas bawang merah ] dihiris
1 biji cili merah ] dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 10 minit Jenis hidangan: Melayu Keistimewaan: Rangup dan berkhasiat Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Tumis