Hidangan Nasi 3 Budak Gemuk ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia. Ada pula sambal padu dan telur dadar goreng, waduh…Kecur liur dibuatnya. Menerusi perkongsian saudari Siti Noor Hidayah Samah, beliau telah berkongsi resipi Ayam Kicap Pedas dan Sambal Gesek ala 3 Budak Gemuk yang boleh anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK NASI ALA 3 BUDAK GEMUK
AYAM KICAP PEDAS ALA 3 BUDAK GEMUK
BAHAN-BAHAN:
Ayam secukupnya- potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam
2 tangkai daun kari
2 batang serai – ketuk
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
Kicap manis secukupnya – beli online disini
Garam secukup rasa
Air asam jawa – beli online disini
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang holland – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
2 tangkai cili padi merah (lebihkan kalau suka pedas)
1 sudu makan biji ketumbar – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sekali lagi dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan daun kari dan serai kemudian kacau rata.
4. Masukkan sos tiram diikuti kicap manis dengan secukupnya.
5. Seterusnya masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi diikuti air asam jawa dan secubit garam.
6. Kacau sekejap dan biar rencah mesra dengan ayam.
7. Tutup api dapur dan sedia dihidang.
SAMBAL GESEK
BAHAN-BAHAN:
Cili padi merah – kisar halus
Cili padi hijau – kisar halus
Cili besar merah – kisar halus
1 biji bawang besar – kisar halus
2 ulas bawang putih – kisar halus
Jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga sedikit kering. Sukatan cili boleh agak-agak sendiri ikut tahap kepedasan masing-masing.
2. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan reneh sekejap.
4. Tutup api dapur dan sedia dihidang bersama Ayam Kicap Pedas.
Kredit resipi & foto: Siti Noor Hidayah Samah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official