Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah & Sedap Untuk BBQ Dengan Keluarga

Share

Dalam banyak-banyak resipi Ayam Bakar mudah yang ada, rasanya resipi perkongsian saudari Nurul Shuhadah Dzaki ni yang paling sempoi dan ringkas. Mana tidaknya, untuk menyediakan juadah enak ini anda hanya menggunakan 1 bahan asas dan 2 bahan sahaja untuk perap. Sesuai sangat untuk anda yang nak makan ayam bakar versi mudah dan cepat. Sesuai sangat cuba resipi ni. Resipi terbaik dan tak perlu nak sedia banyak bahan. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya. Pasti anda suka!

 

AYAM BAKAR MUDAH GUNA 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 2 paket pes nasi goreng kampung
  • 1 paket pes tomyam

CARA MEMASAK:

1. Ayam dipotong ikut saiz yang disukai. Jika isinya tebal, kelar sedikit, basuh dan toskan airnya.

2. Satukan kesemua pes dan gaul rata. Kemudian lumurkan pada ayam hingga rata.

3. Perap ayam selama 2 jam atau lebih untuk rasa yang lebih enak.

4. Bakar atau panggang hingga masak.

5. Sedia untuk dinikmati. Jika ayam besar atau nak masak lebih, hanya gandakan sahaja kuantiti bahan.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Shuhadah Dzaki

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur