Sedapnya Ayam Bakar dan Nasi Planta ni. Sekali imbas, tengok menu macam yang beli di restoran kan? Walhal, masak sendiri je di rumah. Mudah je sebenarnya nak sediakan hidangan begini. Kos pun tak mahal berbanding yang dibeli. Saudari Nur Aisya ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS & NASI PLANTA
RESIPI AYAM BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz kecil @ 4 ketul whole leg
1 biji ubi kentang – beli online disini
Sedikit mentega
SAYUR BAKAR BERSAMA AYAM( boleh ubah ikut citarasa):
Brokoli
Lobak merah
Ubi kentang
Bawang holland
Cendawan Shiitake
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Masak tanpa minyak.
2. Rasa bahan perapan. Jika ada kurang rasa ( contohnya kurang masin atau manis), boleh tambahkan perasa masa ni.
3. Seterusnya masukkan ayam ke dalam kuali.
4. Tambahkan ubi kentang yang telah dipotong.
5. Reneh ayam hingga masak dan kuah menjadi pekat. Ia penting bagi memastikan ayam masak sempurna bila dibakar nanti.
6. Jika kuah sudah pekat tapi ayam belum masak, tambah air sedikit demi sedikit sehingga ayam masak sempurna. Bila ayam sudah masak, angkat dan ketepikan.
7. Ambil ubi kentang yang direbus bersama ayam tadi. Kisar halus. Kemudian tuang kembali ke dalam kuali berisi sos.
8. Bila dimasukkan kisaran kentang, sos akan jadi pekat begini dan berlemak.
9. Masukkan ayam ke dalam tray pembakar. Susun sayur-sayuran dengan secukupnya.
10. Letak sedikit mentega di atas ayam dan bakar pada suhu 200C selama 60 minit. Bakar guna api atas bawah selama 15 minit. Selebihnya bakar guna api atas sahaja.
11. Angkat dan hidangkan ayam bersama nasi planta.
Ads
RESIPI NASI PLANTA
BAHAN-BAHAN:
Beras – bersih dan toskan
Planta secukupnya
1 hiris halia – hiris halus
Bawang besar – hiris
Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
1. Cairkan plantan dalam periuk nasi dan tumis bawang besar serta halia hingga layu sahaja.
2. Masukkan beras yang telah dibasuh & di tos. Masukkan juga sedikit gula dan garam untuk menyeimbangkan rasanya.
3. Masukkan air seperti biasa (jumlah air ikut sukatan yang anda biasa letak bila masak nasi). Masak seperti biasa.
4. Angkat dan hidangkan bersama ayam bakar tadi.
Kalau korang rasa tak tau nak masak apa sepanjang minggu ni, apa kata korang cuba lapan menu yang dikongsikan oleh Puan Ros dari Rose katering. Katanya ini menu ringkas sesuai sebagai hidangkan makan tengahari atau malam jika ada tetamu datang bertandang. Jadinya korang boleh rancang siap-siap. Kan senang.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
1 cawan kicap pekat manis
1 sudu makan kerisik
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
3 batang serai
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm lengkuas
2.5 halia
Bahan Sangai dan Kisar:
2 Ssudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
Bahan Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntuk bunga cengkih
3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
Seterusnya, masukkan bahan yang di kisar. Kacau hingga naik bau.
Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.
Sedia dihidangkan.
PAJERI NENAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas masak | hiris bulat dan potong dua
500ml santan pekat
5 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2 sudu makan rempah kari | bancuh dengan sedikit air
1sudu makan serbuk cili | bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan udang kering | kisar
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Rempah Penumis:
1kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2.5cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan udang kering, bancuhan rempah kari dan serbuk cili, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan kerisik dan santan. Kacau hingga timbul minyak.
Akhir sekali masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah kuah pekat dan nanas masak, tutup api.
Pajeri sedia dihidangkan.
ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan jeruk buah-buahan campur
1 sudu makan serbuk kari daging
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan puri tomato
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN KISAR:
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2.5cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
Kemudian masaukkan bahan kisar, kacau hingga wangi.
Seterusnya asukan puri tomato bersama serbuk kari dan kacau seketika.
Selepas itu, masukan jeruk campur dan kacau hingga rata.
Kemudian perasakan dengan gula dan garam.
Kecilkan api, dan kacau hingga kuah pekat lebih kurang tiga minit.
Angkat dan hidangkan.
KARI AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
500ml santan
4 sudu makan rempah kari daging
2 biji kentang | belah empat
2 cawan santan
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2.5cm inci halia
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yang telah direbus.
Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit,
Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kari daging sedia dihidangkan.
KERABU PERUT BERSAMA TAUGE
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | cuci bersih
150gm tauge | buang ekor
3/4 cawan pati santan
2 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada serbuk lada hitam
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRISAN:
2 biji bawang besar
6 biji cili padi
2 biji cili merah
1 batang serai
2 helai daun limau purut muda
CARA MEMASAK:
Perut yang telah direbus hendaklah dihiris memanjang dan toskannya.
Seterusnya masukkan perut di dalam mangkuk bersama bahan hirisan yang lain.
Tambahkan dengan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Gaul rata, kemudian perahkan jus limau nipis.
Gaul lagi sehingga rasa masamnya sekata.
Kerabu sedia dihidangkan.
DAGING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris, cuci dan tos
250ml susu cair
150gm puri tomata
4 sudu makan rempah briani | bancuh dengan sedikit air
3 sudu makan serbuk badam
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
1/2cawan bawang goreng
3 biji tomato | potong dadu
3 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4cm halia
5 biji cili hijau
3 biji cili merah
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama bahan kisar, perap sekurang-kurangnya satu jam dan simpan dalam peti sejuk.
Panaskan minyak, kemudian masukkan minyak sapi.
Tumis bahan penumis hingga wangi, masukkan rempah briani, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging, puri tomato, kacau hingga air daging keluar.
Biarkan mereneh sehingga air daging kering. Baru masukkan susu cair, puri tomato dan bawang goreng.
Setelah mendidih perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah briani timbul minyak, tutup api.
Daging Briani sedia dihidangkan.
AYAM PERCIK SERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
1 cawan santan pekat
2 sudu makan pes cili kering
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
3cm kunyit hidup
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai hingga wangi bersama daun limau purut.
Masukkan bahan kisar bersama pes cili, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian tambahkan santan, diikuti ayam.
Biarkan hingga ayam kecut, masukkan pula asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Keluarkan ayam dan ketepikan.
Keringkan kuah hingga pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.
Tutup api dan ketepikan.
Bakar ayam yang telah dikeluarkan tadi dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 10 minit.
Masukkan ayam dalam pinggan dan tuangkan kuah percik di atasnya.
Sedia dihidangkan.
GULAI IKAN MASIN BERSAMA TERUNG BULAT
BAHAN-BAHAN:
1kg Ikan Masin Talang | potong dan rendam
2 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | potong dua
2 biji cili merah | potong dua
1 biji tomato | belah empat
500ml santan
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis:
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
3cm halia
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan halba campur
2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata.
Seterusnya masukkan pula rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa.
Seterusnya masukkan santan, dikuti dengan ikan masin.
Setelah mendidih masukkan terung.
Jika kurang masin tambah garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi.
Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, hijau dan tomato.
Pernah makan Teresek Kacang Panjang tak? Ini menu rewang yang popular di kebanyakan tempat di Kelantan. Menu ini gambungan sayur kacang panjang dengan leher, hati, kepak dan kaki ayam yang dipotong kecil. Ia kemudian ditumis bercili dan bersantan. Sangat sedap, apatah lagi makan berebut sembil masak lauk kenduri kahwin.