Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Memang Sedap, Berdesup Lesap Sekejap Jer Licin!

Share

Hujung minggu jika inginkan menu lebih meriah dan kelainan dalam berbuka puasa, kamu boleh cuba resipi ayam bakar ala Kenny Rogers. Tak perlu digolek-golekkan hanya bakar dan paling best bahan perapan tu yang penting. Sedap, garing di luar dan lembut di dalam. Wajib cuba!

 

RESIPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam(cuci bersih)
  • 2 labu bwg beso
  • 7 ulas bwg putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar pati Oren sunquick(yg dalam botoi tu)
  • 1 senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
  • 3 sudu besar majerin(cairkan atas api)
  • 1 biji ubi kentang(rebus empuk)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir

*Kentang, brokoli, tomato cerry tu optional
tak nak letak pon takpa.. ayam tetap sedap dan seksi

CARA MEMASAK:

  1. Semua bahan2 ni dikisar dengan sedikit air (suku cawan air je)
  2. Selepas dikisar, perapkan dengan ayam.
  3. Perap 2 jam sebelum dibakar.. lagi lama perap lagi sedap
  4. Kemudian bakar pada suhu 200° 45mnit @sampai masak…
    Ikut pada oven masing2 la yea…

* Cikpooja suka yang crunchy diluar lembut juicy didalam…sebab tu letak suhu tinggi

Selamat mencuba!

 

Kongsi resipi: Cik Pooja

Published by
Mastura Abu Kassim