Resipi Ayam Bakar Blackpaper, Wangi Semerbak Pikat Selera

Share

Resipi ayam bakar blackpaper ini memang sedap. Ratah begitu saja pun sedap, makan dengan nasi pun sedap. 

Cara nak membuatnya pun taklah terlalu susah. Ikuti perkongsian resipi daripada Dani J Tang

Resipi Ayam Bakar Blackpaper

Bahan-bahan:

 1/2 ekor ayam (cuci bersih & toskan)

 Gula/ madu

Bahan B (dikisar/ ditumbuk)

1 batang serai

5 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

 Sedikit halia

Bahan C (kuantiti sesuai selera):

Sedikit sos tiram – – boleh beli online di sini

Sos cili

Sos tomato – boleh belu online di sini

Serbuk kunyit

Serbuk lada hitam  – boleh beli online di sini

Lada hitam hancur

Sedikit lada putih 

Garam secukupnya

 Sedikit minyak masak @ minyak bijan

 1 sudu besar planta

Cara Memasak Ayam Bakar Blackpaper:

Tumbuk bahan B. Ketepikan. Satukan bahan C dalam satu mangkuk. Gaul sebati semua bahan C.  Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati lagi.

Setelah itu, masukkan ayam ke dalam bahan perapan dan perap pada ayam sekurangnya 30 minit.

Ada dua pilihan, sama ada nak guna gula atau madu. Kalau guna gula, boleh terus masuk dan kacau bersama dalam bahan perap tadi.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10 – 15 minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven mengikut suhu masing-masing. Guna suhu di bahagian bawah 180C, bahagian atas 150C, bergantung pada saiz oven masing-masing ye. Ayam dibakar lebih kurang 1 jam 30 minit.

Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa