Makan

Resipi Ayam Bakar Dengan Sos Pedas, Lagi Pedas Lagi Sedap

Share

Resipi ayam bakar ini diolah daripada resipi daging bakar harimau menangis. Ayam bakar ini enak dimakan dengan sos pedas yang disertakan sekali cara membuatnya, lagi pedas lagi sedap.

Resipi Ayam Bakar Dengan Sos Pedas

Bahan-bahan

Ayam – potong 4, guna bahagian peha dan betis, buang tulang.

Bahan perapan

Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak

 

Cara membuat ayam bakar

  1. Kisar semua bahan perapan dan lumur pada ayam.

2. Perap sekurang-kurangnya tiga jam. Boleh perap dan simpan di bahagian chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

3. Untuk membakar ayam, panaskan non stick pan. Kemudian letak sedikit minyak  bakar dengan api kecil. Boleh juga gunakan oven.

Bahan untuk sos pencicah

Sos ikan
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula kabung/nisan Thai
Serbuk cili kasar
Beras goreng -tumbuk atau kisar
Daun ketumbar (cincang)
Akar ketumbar (cincang)
Cili padi (cincang)
Bawang merah (cincang)
Bawang putih (cincang)

Cara membuat sos

Satukan semua bahan dan sesuaikan rasanya. Lebihkan cili jika mahu rasa pedas. Hidangkan dengan ayam bakar yang dihiris.

Boleh makan dengan nasi atau ratah dan cicah dengan sos. Ayam ini juga sesuai untuk yang berdiet.

Kredit resipi & foto: Sarina Seman

Baca: Resipi Mudah Ayam Bakar Black Pepper, Sangat Sedap & Sempoi!

 

Published by
Rose