
Ayam bakar ini memang mudah untuk disediakan asalkan cukup bahan di dapur. Masak sendiri sebenarnya lebih puas hati, apatah lagi jika lihat anak-anak makan dengan penuh selera. Bagi anda yang mahu mencuba hidangan ini, boleh cuba resipi perkongsian oleh Fazilawati Binti Padzil ini. Nak makan dengan nasi boleh, pasta pun boleh.
RESIPI AYAM BAKAR SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 12 ketul ayam
- 2 sudu besar cili kisar
- 5 sudu besar sos cili kimball
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu besar serbuk perasa hilal / yg sediaada
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 ulas bawang putih tumbuk kasar
BAHAN DIKISAR KASAR
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
1. Gaulkan semua bahan dan serap semalaman.

2. Bakar pada suhu 180°c – 200°c selama 40 minit.


3. Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Siap!


Jika anda mencari AIR FRYER yang murah dan berkualiti, boleh cari DISINI.
KREDIT FOTO & RESIPI: FAZILAWATI BINTI PADZIL
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Spageti Bolognese Ringkas, Masak Macam Ni Memang Sedap

Sedap dan ringkas betul Spageti Bolognese perkongsian saudari Naura Aisya Aryan ni. Mudah, sedap dan kena dengan selera orang Melayu kerana rasa sosnya yang pedas. Pastanya juga boleh pilih nak guna spageti atau angel hair. Memang berbaloilah cuba ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK SPAGETI BOLOGNESE YANG SEDAP, MUDAH & RINGKAS

BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti @ angel hair – beli online disini
3-4 ulas bwang putih – cincang
½ biji bawang holland – cincang
1 mangkuk isi ayam
6-7 biji cendawa butang – beli online disini
1-2 sudu makan cili kisar
1 botol sos Spageti Bolognese – beli online disini
1 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
Sedikit gula perang
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam – beli online disini
Sedikit serbuk oregano – beli online disini
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Rebus spageti atau angel hair hingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang holland hingga wangi.
3. Bila bawang sudah keperangan, masukkan cili kisar untuk memberikan rasa pedas pada kuah.
4. Masukkan isi ayam. Kacau sampai ayam masak.
5. Masukkan hirisan cendawan. Sebatikan.
6. Masukkan juga sos spageti.
7. Tambahkan juga sedikit serbuk oregano dan serbuk lada hitam.
8. Seterusnya masukkan sedikit gula perang untuk seimbangkan rasa diikuti sos cili, sos tomato dan garam secukupnya. Sebatikan.
9. Bila kuah telah cukup rasa dan pekat, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama spageti yang telah direbus.

Kredit resipi & foto: Naura Aisya Aryan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Aneka Resipi Lauk Sedap & Mudah Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa
Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Sos Spageti Homemade Sedap

Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi sos spageti homemade perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2kg tomato ranum
- 2 labu bawang putih | dikisar kasar
- Daun thyme segar /kering secukupnya
- Daun parsley segar/ kering secukupnya
- Oregano segar/kering secukupnya
- Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
- Garam dan gula perang secukup rasa
- Minyak zaitun untuk menumis
- 1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.

2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.

3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.

4. Kupas kulit tomato hingga habis.


5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.


6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.

7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.

8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.

9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya.
10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.

11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.

12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.

INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
Link asal resipi: https://goo.gl/XdCJjV
Cara Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap.

Tercari-cari resipi Mi Goreng Basah yang sedap dan mudah? Resipi perkongsian saudari Ieda Roslida ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Menurut empunya resipi, para peminat mi goreng basah pasti menyukai rasa hidangan ini kerana ia seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Tengok je pun dah nampak sedap. Jom cuba.
MI GORENG BASAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi kuning – dibilas dan tos
- 10 ekor sotong – dibersihkan, potong dan tos
- 1 paket Fish ball – dibersihkan potong dan tos
- 1 ikat sayur sawi jepun – dibersihkan, potong dan tos
- 1 biji tomato – dibersihkan dan dibelah 6
- 4 sudu besar cili kisar
- 5 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap pekat
- 5 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap mi
- 1 cawan kecil air
- 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN TUMBUK ( HINGGA PECAH @ LUMAT):
- 10 biji cili api
- 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.

INFO:
- Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
- Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
KREDIT RESIPI & FOTO: Ieda Roslieda
Miliki MESIN PENGISAR baru yang berkualiti dengan harga berpatutan. Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak RESIPI MI & PASTA yang best ? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Mi Calong @ Mi Lidi , Bebola Ikan Segar Jadi Tambah Sedap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official



2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang holland hingga wangi.
3. Bila bawang sudah keperangan, masukkan cili kisar untuk memberikan rasa pedas pada kuah.
4. Masukkan isi ayam. Kacau sampai ayam masak.
5. Masukkan hirisan cendawan. Sebatikan.
6. Masukkan juga sos spageti.
7. Tambahkan juga sedikit serbuk oregano dan serbuk lada hitam.
8. Seterusnya masukkan sedikit gula perang untuk seimbangkan rasa diikuti sos cili, sos tomato dan garam secukupnya. Sebatikan.
9. Bila kuah telah cukup rasa dan pekat, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama spageti yang telah direbus.


